nuffang

Tuesday, February 24, 2009

Harian Metro: Promosi KPTM Pada Kereta

Oleh Suliati Asrisuliati@hmetro.com.my

BAGI memudahkan kerja pengurusan, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), menyerahkan enam Proton Waja kepada pengarah kampus cawangannya, baru-baru ini.Rektor KPTM, Datuk Dr Mohd Razali Agus, berkata penyerahan kereta ini salah satu langkah yang diambil pihaknya untuk tujuan promosi selain digunakan dalam kecemasan dan urusan rasmi.Menurutnya, setiap kereta itu akan dilekatkan dengan pelekat KPTM yang secara tidak langsung menjadi salah satu cara pihaknya mempromosikan KPTM di mana saja terutama di luar bandar."Pada pengambilan Julai nanti, kita mensasarkan 9,000 pelajar menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah di KPTM.
"Oleh itu, dengan adanya kereta ini, ia sedikit sebanyak membantu kita mempromosikan kolej ini kepada ibu bapa atau pelajar terutama mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

Selain itu, menurutnya, sebagai kolej yang 100 peratus milik Majlis Amanah Rakyat (Mara), KPTM akan menambah tiga lagi cawangannya."Sekarang kita ada enam cawangan iaitu di Kuantan, Bangi, Kota Bharu, Alor Star, Batu Pahat, Ipoh dan kampus cawangan terbaru akan dibuka di Terengganu, Kota Kinabalu serta Seremban."Kita juga menunggu keputusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menambah 38 kursus baru pada pengambilan akan datang, sekali gus menjadikan jumlah besar kursus yang ditawarkan di KPTM sebanyak 79 kursus," katanya.
Di samping itu, Mohd Razali berkata, untuk pertama kalinya, KPTM akan membuka peluang kepada pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di sini."Sebagai permulaan, kita akan mensasarkan satu peratus pelajar antarabangsa pada pengambilan Julai ini."Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, kita berharap dapat menarik 10 peratus pelajar antarabangsa dari seluruh dunia," katanya.

Monday, February 16, 2009

Congratulations!

Sekalung tahniah buat Mr. Hadi yg telah dinobatkan sbg Juara KPTM Idol 2009!

Sorry, saya tak dapat attend the program, sesiapa yg ada gambar boleh la bg saya n kita share kat sini...

Friday, February 13, 2009

Young Inventors

Macam-macam program khas buat para pelajar KPTM Kuantan pada semester ini.. syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak MPP yang bekerja keras menjayakan program-program ini.

Terbarunya, program Young Inventors - Using Recyled Items
Antara hadiah yang bakal dimenangi oleh para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada model-model kita yg hansem... hehe








Tuesday, February 10, 2009

KPTM Idol 2009


Siapakah yg bakal dinobatkan sebagai KPTM Idol 2009?????
Jom kita saksikan konsert final pd 13 Feb niii!!!


Thursday, February 5, 2009

Futsal Tertutup KPTM Kuantan 2009


Jom kita pergi Arena Ria Futsal, Kuantan Plaza hujung minggu ini...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin