Friday, March 27, 2009

Electrical Engineering Day



Electrical Engineering Day anjuran Kelab Kejuruteraan Elektrik



Penasihat Kelab, Pn. Norbaini sedang memerhati anak buah beliau tgh explain fungsi laci ajaib tu


ciptaan yg mendapat tempat pertama...







more photos later..

Tuesday, March 24, 2009

Tujuh Lokasi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)


KPTM Kuala Lumpur



Berikut ialah artikel mengenai KPTM yg saya jumpa kat www.kosmo.com.my
Artikel tahun 2008 rasa nyer sebab yg diinvertviu ialah Dr. Fatanah yg sekarang ni tidak lagi berkhidmat dengan KPTM.



Oleh JOHANNA A. SOBREY

Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) menawarkan kursus-kursus kompetitif sama ada secara sepenuh atau separuh masa.

KPTM sebuah institusi pendidikan tinggi syarikat milik penuh MARA.

NAMA Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) bukanlah satu nama asing dalam industri pendidikan tinggi negara. Dengan keutuhan tradisi dan graduan berdaya saing yang dilahirkannya sejak 25 tahun lalu, kolej milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu terus unggul melahirkan insan berkualiti untuk masa hadapan.

KPTM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang merupakan syarikat milik penuh Mara.

Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar KPTM, Dr. Fatanah Mohamed, keutuhan institusi pengajian tinggi swasta itu diasaskan berdasarkan gabungan dua institusi taraf tertiari terkemuka Mara.




BAGI menghasilkan graduan cemerlang, pihak KPTM menyediakan tenaga pengajar yang berdedikasi.


“Kepakaran dan aset yang dimiliki oleh Kolej Yayasan Pelajaran Mara (KYPM) dan Akademi Infotech Mara telah digabungkan pada tahun 2003 untuk menghasilkan sebuah entiti yang lebih kukuh,” ujar Fatanah ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di KPTM Kuala Lumpur baru-baru ini.


Difahamkan, sejarah KPTM bermula pada tahun 1983. Kini ia mempunyai tujuh lokasi kampus di seluruh negara. Kesemua lokasi kampus itu menawarkan kursus-kursus kompetitif yang memenuhi keperluan negara masa kini secara sepenuh dan separuh masa.
Selain KPTM Kuala Lumpur yang merupakan kampus induk, kampus-kampus KPTM lain terletak di Kuantan, Pahang; Bangi, Selangor, Kota Bharu, Kelantan; Alor Star, Kedah; Ipoh, Perak dan Batu Pahat, Johor.

Pada masa ini, kolej tersebut menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat profesional, ijazah pertama, diploma dan sijil.

“Kursus-kursus ini diadakan dengan usahasama institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, selain daripada program yang disediakan oleh KPTM sendiri,” kata Fatanah. Antara program yang disediakan di kolej tersebut termasuklah bidang sains komputer dan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan, perakaunan, kejuruteraan dan pengajian profesional seperti Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA), ACCA Certified Accounting Technician (ACCA-CAT) dan The Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA).

KPTM juga mengadakan usahasama dengan Institut Pentadbir dan Setiausaha Bertauliah Malaysia (MAICSA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Universiti Conventry, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

JURUSAN sains komputer antara bidang yang ditawarkan Kolej Poly-Tech Mara.
Program-program dalaman KPTM termasuk diploma dalam perakaunan, pengurusan perniagaan, sains komputer, sistem dan rangkaian komputer, maklumat perniagaan, teknologi maklumat, multimedia dan kejururawatan serta Matrikulasi ICSA.
Program usahasama dengan Universiti Conventry di United Kingdom adalah contoh usahasama KPTM dengan institusi pengajian tinggi luar negara.

Di bawah program ini, KPTM menawarkan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi maklumat perniagaan dengan perniagaan antarabangsa; teknologi maklumat dengan perakaunan dan sains komputer.

Ia juga mengadakan usahasama dengan Universiti Thompson Rivers, Kanada dengan menawarkan program pengajian peringkat diploma dalam bidang sistem komputer, iaitu operasi dan pengurusan.
Program KPTM dengan seliaan UUM termasuk diploma pengurusan perniagaan dan teknologi maklumat, manakala usahasama kolej tersebut dengan UiTM menawarkan kursus-kursus seperti pra-diploma sains, perdagangan dan perakaunan.

Selain itu, usahasama dengan UiTM turut melibatkan program-program peringkat diploma dalam bidang sains, pengajian perniagaan, perbankan, analisis pelaburan, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan awam.

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) Pembantu Juruteknik Sistem Komputer dan Juruteknik Sistem Komputer turut dianjurkan melalui usahasama dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Sementara itu, program peringkat diploma eksekutif yang dijalankan oleh Pusat Pembelajaran Berdaftar UiTM pula dikendalikan oleh Pusat Pembelajaran Berterusan KPTM. Jalinan kerjasama ini melibatkan tawaran dalam bidang pengurusan korporat, teknologi maklumat, pejabat, peruncitan dan modal insan.

Memegang moto ‘Pusat Pembelajaran, Berpusatkan Anda’, Fatanah menambah: “Misi kami ialah menjadi sebuah institusi pengajian pilihan yang memberikan pendidikan yang holistik dan berkualiti dalam menghasilkan modal insan yang berilmu.”

Fatanah menjelaskan bahawa para pelajar KPTM bukan hanya terdiri daripada para pelajar Melayu tetapi institusi itu juga mengambil para pelajar daripada kaum lain.
Pengambilan pelajar oleh kolej ini dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Disember atau Januari.
Beliau turut memaklumkan bahawa para pelajar yang layak akan menerima biasiswa tajaan Mara atau bantuan kewangan lain seperti daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bank Rakyat.

Sehingga kini, Fatanah memaklumkan, KPTM mempunyai lebih 12,300 pelajar dengan bilangan tertinggi di kampus KPTM Bangi (3,239), diikuti Kuala Lumpur (2,847), Kota Bharu (2,426), Kuantan (1,463), Alor Star (981), Ipoh (749) dan Batu Pahat (629).




Sunday, March 22, 2009

Diploma Kejururawatan / Diploma in Nursing KPTM


Kepada para lepasan SPM yang berminat mengikuti Diploma Kejururawatan di KPTM, sila layari website ini:

Saturday, March 21, 2009

Jururawat Lelaki

PUTRAJAYA: Lebih ramai jururawat lelaki terlatih diperlukan negara kerana bidang penjagaan kesihatan kini sudah meluas dan tidak hanya menjurus kepada aspek kejururawatan dalam usaha memantapkan bidang kesihatan pada masa depan.Sehubungan itu, kerajaan mensasarkan untuk melahirkan kira-kira 300 jururawat lelaki daripada 3,000 jururawat terlatih yang dilahirkan setahun. Ketika ini, ada kira-kira 30,000 jururawat yang bertugas sama ada di hospital kerajaan atau swasta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata usaha mempromosi kerjaya jururawat lelaki sedang giat dijalankan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan kursus kejururawatan.Beliau berkata, antara kolej yang menawarkan Diploma Kejururawatan dan giat melakukan pengambilan pelajar lelaki bagi mengikuti kursus berkenaan ialah Kolej Poly Tech Mara (KPTM) di Kelantan.“Kita harap dapat mencapai sasaran pengambilan 10 peratus jururawat terlatih terdiri daripada golongan lelaki dan adalah lebih baik jika lebih ramai jururawat lelaki dapat dilatih.“Setiap tahun, kira-kira 3,000 pelatih diambil mengikuti kursus kejururawatan yang ditawarkan di 15 institusi pengajian tinggi dan daripada jumlah itu, kerajaan berharap mampu menarik kira-kira 300 pelatih lelaki untuk mengikuti kursus kejururawatan.“KPTM di Kelantan sedang melatih ramai jururawat lelaki dan bukannya lelaki lembut sebab itu kita namakan mereka ‘Jururawat Jantan’ atau JJ,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Penggunaan Kemudahan Hospital dan Klinik Kesihatan antara tiga kolej swasta dengan Kementerian Kesihatan di sini, semalam.
Kolej berkenaan ialah Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI), KPTM dan Universiti Kuala Lumpur Kolej Perubatan Diraja Perak (UniKL RCMP).Hadir sama, Pengerusi Mara merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kuala Lumpur dan KPTM, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin; Pengerusi Majlis Universiti UCSI, Datuk Mohd Karim Abdullah Omar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Noorimi Morad.Beliau berkata, permintaan tenaga kerja dalam bidang itu sentiasa berkembang selaras dengan pertumbuhan semasa malah dianggarkan 15 peratus jururawat yang berkhidmat dengan kementerian bersara wajib setiap tahun dan jumlah itu tidak termasuk di sektor swasta.
Selain itu, katanya nisbah jururawat berbanding populasi penduduk juga agak jauh iaitu antara 1:600 penduduk sedangkan nisbah yang ideal ialah 1:200 orang.Sementara itu Dr Abdul Latiff berkata, kementeriannya akan meningkatkan pemeriksaan di semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus perubatan dan kejururawatan. “Kementerian ada menerima laporan daripada ibubapa mengenai cara kursus kejururawatan dan perubatan dikendalikan di beberapa IPTS.“Setakat ini, dua IPTS sudah diberi amaran dan kementerian akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap pada masa depan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Note: Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.

Permohonan Masuk Ke Kolej Poly-Tech MARA

Kepada semua pelajar lepasan SPM/STPM, sila layari www.kptm.edu.my utk membuat permohonan secara online.

Thursday, March 19, 2009

Diploma Perakaunan kerjasama dengan UiTM

Diploma Perakaunan kerjasama dengan UiTM

PDF Print E-mail
Nama Program : Diploma Perakaunan kerjasama dengan UiTM
Tempoh Pengajian
: 3 Tahun (6 semester)
Kod Program : AC110
Anggaran Yuran : RM3,850
Bahasa Penghantar : Bahasa Inggeris
Tajaan : MARA (jika layak)
No Pendaftaran MQA / Kelulusan JPS
:
A1166
Syarat Minimum Memenuhi SYARAT UiTM

SERTA

Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk :
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Matematik/Matematik Tambahan sekurang-kurangnya gred 5C

    ATAU
    Lulus Pra Diploma Perdagangan (PD003) UiTM sekurang-kurangnya HPNG 3.50

    ATAU
    Lulus Sijil Politeknik/IKM atau dari institusi yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang perakaunan dengan mendapat sekurang-kurangnya HPNG 3.50

DAN
Lulus SPM atau setaraf yang diiktiraf setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian termasuk :
i. Bahasa Inggeris/Matematik/Matematik Tambahan






p/s: program ni ditawarkan di KPTM KL yer, bukan di KPTM Kuantan

Wednesday, March 18, 2009

Diploma in Business Management

Diploma in Business Management atau Diploma Pengurusan Perniagaan.

Syarat kemasukan;

Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana subjek ATAU lulus sijil berkaitan yg diiktiraf oleh MQA/JPA

Diploma Perakaunan di Kolej Poly-Tech MARA

Antara diploma yang ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan ialah Diploma Perakaunan.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana subjek ATAU lulus sijil berkaian yang diiktiraf oleh MQA/JPA

Jangkamasa pengajian adalah selama 3 tahun atau 6 semester.

Pinjaman MARA disediakan bagi mereka yang layak.

Tuesday, March 17, 2009

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) UiTM

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) di KPTM Kuantan adalah secara kerjasama dengan UiTM.

Syarat kemasukan:

Lulus SPM atau yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan lulus Bahasa Inggeris
serta tidak rabun warna atau buta warna

ATAU

Lulus Program Pra Diploma Sains (PD008) dari UiTM dengan keputusan (semester 1:HPNG 3.00 atau semester 2:HPNG 2.50)
serta tidak rabun warna atau buta warna


Untuk maklumat lanjut sila layari www.kptm.edu.my atau telefon KPTM Kuantan - 09 53636513/514/701

Permohonan Masuk Ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2008!

Sila layari www.kptm.edu.my untuk membuat permohonan secara online ke mana-mana kolej cawangan Poly-Tech MARA (KPTM) di seluruh Malaysia.

Sunday, March 15, 2009

Expo Keusahawanan KPTM Kuantan 2009

Gambar-gambar sekitar Expo Keusahawanan KPTM Kuantan







































Saturday, March 14, 2009

Simulasi Menyelamat Mangsa Kemalangan: The Victims




perut dia tertusuk besi? huhu.... sakit nyerrr... abiss la bajuuu...






'Polis' tgh get ready..





ni plak..penyelamat...




Mangsa2 dgn head of make-up..

Simulasi Menyelamat Mangsa Kemalangan: The Making


make-up artist getting ready...


the head of make-up... applying mud to the vic


ada kayu tertusuk masuk laaa... eeee...sakit..



darah meleleh... huhu


amacam? real tak?



ni plak.. tangan tercedera









Hari Aktiviti Pertahanan Awam 2009: Simulasi Menyelamat Mangsa Kemalangan













Please come back for more photos.. still in the process of uploading tons of photos

















Thursday, March 12, 2009

Latihan Simulasi Menyelamat Mangsa Kemalangan

In conjunction with Expo Keusahawanan KPTM Kuantan 2009, Kelab Pertahanan Awam of KPTM Kuantan will be organizing "Hari Aktiviti Pertahanan Awam" by doing a "Simulasi Menyelamat Mangsa Kemalangan" on 14th of Mac 2009.
So, earlier today we had our rehearsal for that program...




the accident victim on a strecther



another accident victim




happy faces of the victims.. huh??



yet another.. hehe




ermm... dunno what are they doing..



head injury





he got thrown off the car, maybe?



still cannot be lifted from the ground..






discussing on who got to tow the car??? ala2 tokey trak tunda kan.. hehe...





Monday, March 9, 2009

Expo Keusahawanan


Saturday, March 7, 2009

Karnival Sukan


Monday, March 2, 2009

Metro Ahad: KPTM Anjur Program Rumah Angkat







Anjur program rumah angkat

HARI ini (1 Mac 2009) genap enam bulan Mohd Razali dilantik sebagai Rektor KPTM. Walaupun singkat, pelbagai perancangan atau agenda sudah dan bakal dilakukannya.Lebih penting, beliau mahu melihat satu hari nanti KPTM dinaiktaraf ke kolej universiti atau universiti selepas 26 tahun penubuhannya.Kini, daripada 13,000 pelajar melalui enam cawangan di seluruh negara, beliau yakin hujung tahun ini bakal mencecah 20,000 pelajar apabila empat lagi cawangan baru ditubuhkan iaitu di Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak.Untuk menampung jumlah pelajar berkenaan, kursus KPTM turut ditambah daripada 41 sekarang kepada 79 kursus, tambahan 38 kursus baru merangkumi teknikal dan profesional.

Begitupun, KPTM masih menunggu kelulusan 38 kursus baru berkenaan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dijangka diketahui bulan depan.

“Sebagai sebuah kolej 100 peratus milik Mara, saya berhasrat menjadikan KPTM sebagai IPTS Melayu terbesar negara ini. Dengan syarat kemasukan hanya tiga kredit dalam SPM, inilah peluang yang mesti diambil anak Melayu untuk mendapat pendidikan tertinggi dalam hidup,” katanya.Menurutnya, sejak menerajui kolej itu, beliau mahu mengadakan pelbagai program bukan saja kepada pelajar, tetapi juga kakitangan.Antaranya, Mohd Razali memperkenalkan Program Pusat Kerjasama Kolej KPTM dengan industri iaitu mengadakan kerjasama dengan sektor industri untuk menerima pelajar dan pensyarah menjalani latihan praktikal bagi mendapatkan pengalaman.
KPTM turut menjalin hubungan dengan universiti luar negara melalui program berkembar supaya pelajar berpeluang menuntut di universiti terbabit, menjalani latihan industri malah bekerja selepas itu.“Buat permulaan, kita mengadakan kerjasama dengan universiti di Kanada, England dan Arab Saudi. April ini saya bercadang ke Australia untuk mencari universiti yang boleh kita adakan kerjasama,” katanya.Menurutnya, melalui cara itu, pelajar dan pensyarah mendapat manfaat apabila bertukar-tukar ilmu selain mempraktikkan pengalaman dimiliki di KPTM.
Mohd Razali turut mencadangkan penubuhan Institut Latihan Usahawan Muda (ILUM) yang menawarkan kursus keusahawanan mengikut model tertentu.Program yang terbuka kepada pelajar sekolah, penuntut kolej dan universiti itu memberi peluang mereka untuk berniaga dan jika menepati syarat kelayakan, pinjaman untuk mengembangkan perniagaan terbabit boleh dimohon.“Program ini kita akan jalankan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sekretariat Usahawan Muda Asean serta Institut Keusahawanan Negara (Insken).“Ia dilaksanakan selama tiga tahun dan mereka perlu mengikut modul ditetapkan. Kita juga akan lantik mentor iaitu syarikat berjaya untuk membimbing mereka dan jika mereka boleh buat sendiri, kita beri peluang mereka jalankan bisnes itu, malah boleh membuat pinjaman,” katanya.
Selain itu, bagi mendekatkan pelajar dengan masyarakat, Mohd Razali mahu mengadakan program memasyarakatkan pelajar di setiap cawangan KPTM.Melalui program itu, katanya, setiap cawangan akan mengambil dua rumah angkat dan setiap hujung minggu pelajar mengadakan pelbagai aktiviti bersama keluarga rumah berkenaan.“Kita cadangkan program ini dua ke tiga tahun. Tahun pertama, merancang aktiviti manakala tahun kedua pula melaksanakan dan tahun ketiga, mendapatkan hasilnya.“Dalam program ini, pelajar dibawa mendekati keluarga yang hidup dalam kemiskinan seperti ibu tunggal, golongan cacat atau orang kurang upaya. Kita mahu mereka lihat dan sedar masih ada insan tidak bernasib baik tetapi mampu meneruskan kehidupan,” katanya.

Sunday, March 1, 2009

Metro Ahad: Center Spread on Our Rector; Datuk Dr. Mohd Razali Agus

Pakcik Idola Mohd Razali
Oleh FUAD HADINATA YAACOB









SIKAPNYA yang peramah meskipun baru pertama kali bertemu, terasa bagaikan sudah lama kenal. Bukan saja penulis, tetapi dengan kakitangan juga Datuk Dr Mohd Razali Agus yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektor Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) cukup mesra, malah ada ketikanya pandai membuat jenaka.Itu antara gambaran ringkas anak kelahiran Kajang, Selangor itu yang mudah membuatkan sesiapa yang menemuinya berasa selesa.


Meskipun berjawatan nombor satu dalam KPTM, beliau tidak meninggi diri, malah ketika berbual dengannya, banyak perancangan serta idea dalam kotak fikirannya yang hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.Di kalangan ahli akademik, nama Mohd Razali tidak asing lagi. Sebelum dilantik ke jawatan sekarang pada 1 September lalu, beliau bertugas sebagai Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bermula 1 Ogos 2007.

Sebelumnya, bapa kepada lima cahaya mata itu bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya (UM) dari 2003 hingga 2007.


“Saya sebenarnya mahu merendah diri apabila masuk ke sini (KPTM), malah merancang pelbagai aktiviti untuk kolej, pelajar dan kakitangan. Selepas itu, baru terfikir untuk menghebahkannya,” katanya sambil menghulurkan biodata peribadi seperti diminta.Penulis yang menerimanya terkejut apabila mendapati biodata itu mengandungi 44 halaman atau muka surat bermula daripada alamat rumah sehingga ke pelbagai aktiviti dilakukan.





Menariknya mengenai biodata beliau, ia memaparkan tarikh dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Misalnya dalam satu artikel terbitan akhbar Berita Harian bertajuk ‘Persaingan dalam usaha membantu setinggan’, dicatatkan tarikh siarannya pada 9 April 1984.Selain itu, pelbagai pencapaian dan kejayaan dilalui tokoh akademik berusia 53 tahun itu. Antaranya, beliau pernah dilantik sebagai perunding dan pakar rujuk dalam bidang perancangan bandar raya, perumahan dan setinggan kerana itu kepakarannya.Hampir 30 tahun dalam akademik, Mohd Razali melahirkan hampir 20 lulusan Doktor Falsafah (PhD) selain menghasilkan 18 buku akademik dan teks ilmiah.Di samping itu pelbagai jurnal tempatan dan antarabangsa diterbitkan, malah kepakaran beliau menjadikannya sumber rujukan di pelbagai peringkat.

Melihat latar belakangnya, Mohd Razali boleh dikategorikan golongan cerdik pandai dan sebagai bukti, menerima anugerah pelajar terbaik tahun dua dan akhir ketika menuntut di Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, sekali gus menerima Biasiswa Tinggi Universiti dari 1977 hingga 1979.Begitupun, ‘kecerdikan’ beliau hanya terserlah di tingkatan enam ketika menuntut di MCKK, malah anak kedua daripada tujuh beradik itu tidak malu untuk memberitahu keputusan peperiksaan di sekolah.“Ketika di tingkatan tiga, masa itu dipanggil LCE, saya dapat Sains agregat 7 tetapi Matematik A. Di tingkatan lima pula, MCE saya dapat gred 2 dengan 26 agregat. Matematik cemerlang berbanding Sains yang kurang saya minati,” katanya.




Kecemerlangan Mohd Razali itu ada kaitan dengan kejayaan bapa saudaranya. Seorang daripadanya, Abu Hassan yang bertugas sebagai guru besar sebuah sekolah di Kajang, mengajarnya Bahasa Inggeris manakala seorang lagi, Buyong Bojok, lulusan Kolej Islam Padang Panjang, Sumatera, mahir dalam matematik.“Masa itu, kedua-dua pakcik ini idola saya kerana kejayaan mereka. Jadi, setiap hujung minggu saya belajar dengan mereka,” katanya.Selain belajar, seperti kanak-kanak lain, Mohd Razali juga mengisi masa terluang dengan bermain bersama rakan. Namun, katanya, sebagai anak anggota polis, hidupnya adik-beradik tidak lari daripada disiplin.“Ayah anggota polis manakala emak pula suri rumah. Sudah tentu ayah berdisiplin, tetapi emak juga begitu. Jika balik selepas Maghrib, memang kena rotan,” katanya.Begitupun, katanya, hidup dikelilingi bapa saudara yang berjaya banyak mendorong dirinya mengikut jejak langkah mereka.Ketika di tingkatan enam, Mohd Razali mencatat keputusan cemerlang atau sijil penuh dan berbekalkan itu, beliau memohon menyambung pelajaran ke UM.
Sepanjang di UM, selain belajar, beliau aktif berpersatuan. Mohd Razali pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Anak-anak Selangor (Permas) serta Pengerusi Persatuan Mahasiswa Anak-anak Selangor IPTA Se-Malaysia.Sebagai ketua dua pertubuhan itu, Mohd Razali mewujudkan program hujung minggu di sekolah setiap daerah dalam Selangor.Melalui program itu, beliau bersama rakan lain turun padang ke sekolah ditetapkan untuk memberi kelas tuisyen kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.“Setiap hujung minggu kita tetapkan sekolah mana yang hendak pergi. Dulu tiada sumbangan, malah kita bayar kos mereka seperti tambang bas dan duit makan sepanjang ke sekolah terbabit.“Program seperti ini yang saya hendak praktikkan di KPTM dan berharap dapat mengubah sikap balik kampung setiap hujung minggu,” katanya.

Berdasarkan kecemerlangan dan keupayaan beliau, tidak sukar untuk Mohd Razali mendapat kerja selepas menamatkan pengajian di UM, malah tidak sampai dua minggu selepas tamat peperiksaan akhir, beliau diterima bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat.Begitupun, ia tidak lama apabila Mohd Razali diterima bertugas sebagai tutor di UM.

Sejak itu, kerjaya beliau dalam akademik bermula sehingga dilantik Naib Canselor Unisel sebelum berpindah ke KPTM.


PROFIL

NAMA: Datuk Dr Mohd Razali Agus

USIA: 53 tahun

LAHIR: 7 Disember 1955 di Kajang, Selangor

JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektor Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

ISTERI: Datin Zuraidah Zainudin

ANAK: Dr Farah Norwahidah (26); Mohd Haqim (22); Norliana (19); Muhammad Firdaus (16) dan Muhammad Afiq Ikmal (9)

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Cheras; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang, Selangor; Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK); Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (1979); Ijazah Sarjana University of Birmingham, England (1981); Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Cornell University, Amerika Syarikat (1991)

ANUGERAH: Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selangor (DSIS) daripada Sultan Selangor pada 17 Mac 2003 dan Anugerah Khidmat Cemerlang Universiti Malaya, 2003
Blog Widget by LinkWithin