Saturday, July 25, 2009
Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi
1. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut
Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut
2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?
Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.
Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.
4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.
Friday, July 24, 2009
Cuti Semester UiTM Diawalkan
Sunday, July 19, 2009
Friday, July 17, 2009
Wednesday, July 15, 2009
Tuesday, July 14, 2009
Diploma in Corporate Communication
Nama Program : Diploma In Corporate Communication
Tempoh Program : 3 tahun (6 Semester)
Kampus Cawangan : KPTM Kuantan
Kod Program : BK101
Anggaran Yuran : -
Bahasa Penghantar : English
Tajaan : MARA (jika layak)
No Pendaftaran MQA / Kelulusan JPS : KA 10206
Syarat Minimum : Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Malaysia Dan lulus Bahasa Inggeris
Atau
Lulus Pra-Diploma Atau Sijil-sijil lain yang mendapat sekurang-kurangnya standard minimum dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.0 ke atas.
Atau
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
Monday, July 13, 2009
Pendaftaran Terbuka Program Diploma KPTM Di Pejabat MARA Temerloh


Pejabat MARA Daerah Temerloh terletak berhampiran Balai Polis Temerloh
Kepada semua lepasan SPM yang masih lagi tidak mendapat tempat melanjutkan pengajian di mana-mana IPT atau IPTS, anda masih lagi berpeluang untuk memohon memasuki program diploma Kolej Poly-Tech MARA.
Pendaftaran terbuka masih lagi diadakan diseluruh negara. Hubungi cawangan KPTM yg berdekatan utk mengetahui lokasi dan tarikh pendaftaran terbuka yg diadakan.
Kepada mereka yg berada di Temerloh, Pahang dan Kemaman, Terengganu pendaftran terbuka sedang diadakan bermula pada hari ini (13 Julai 2009) sehingga esok (14 Julai 2009) bertempat di Pejabat MARA Daerah Temerloh dan juga Pejabat MARA Daerah Kemaman.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kolej Poly-Tech MARA Kuantan - 09-5366513/514/701
Friday, July 10, 2009
Kolej Poly-Tech MARA Ipoh : Pelajar Baru

SEBAHAGIAN pelajar baru KPTM Ipoh melafaz ikrar pada majlis penutup minggu orientasi di Ipoh baru-baru ini.
IKRAR. Seramai 272 pelajar baru Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Ipoh yang selesai menjalani minggu orientasi sesi kemasukan Mei 2009 melafaz ikrar pada majlis penutup minggu orientasi baru-baru ini.
Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Perak, Mohd. Zahir Khalid; Rektor KPTM, Datuk Dr. Ahmad Razali Agus dan Pengarah KPTM Ipoh, Norizah Nordin.
Ahmad semasa berucap berkata, pelajar baru perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang menuntut di kolej tersebut.
Katanya, tanggungjawab mereka bukan sahaja bagi melunaskan harapan ibu bapa tetapi juga negara.
KPTM Ipoh yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Sultan Abdul Jalil itu menawarkan pengajian diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang multimedia.
- Kosmo, 10 Julai 2009
Thursday, July 9, 2009
Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan KPTM
Bermula Khamis lalu, penduduk kawasan Peria dikunjungi seramai 80 pelajar kejururawatan Kolej Polytech Mara (KPTM), Pengkalan Chepa bersama 10 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) melalui Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan 2009.
Kaunselor KPTM, Zanoorita Zawawi berkata, program itu khusus memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan selain menderma darah.
Menurutnya, biarpun jauh di pedalaman, penduduk sekitar kawasan terbabit tidak ketinggalan daripada program diadakan.
“Program ini diadakan selama tiga hari supaya penduduk berpeluang mendapatkan khidmat kesihatan secara percuma. Ia dijalankan dengan kerjasama HPRZII selain Pergerakan Puteri Umno Bahagian Jeli khusus untuk penduduk di Peria seperti bengkel kesihatan, derma darah dan gotong royong,” katanya.
Katanya, program itu turut memberi pendedahan kepada pelajar terbabit untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bilik kuliah.
-Harian Metro, 9 Julai 2009
Saturday, July 4, 2009
Thursday, July 2, 2009
Wednesday, July 1, 2009
Sukan Staf KPTM Kuantan


Volleyball utk lelaki... n Netball for the ladies... tapi tak sempat nak amik gambar netball lah.. maybe later boleh mintak gambar dengan En. Rahman later..


masing2 tunjuk bakat terpendam... hehe..


wahhh... penonton setia gituu..

Tengah tunggu nak dapatkan hadiah..



Happy nyer diaa....
Next activity... Bowling Tournament... yeah yeah...

















.jpg)






