nuffang

Friday, February 26, 2010

Kolej Poly-Tech MARA di Samporna

Mara Buka Kolej Poly-Tech Di Samporna

IPOH, 25 Feb (Bernama) -- Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mempunyai kampus pertama di luar Semenanjung apabila kampus sementara di Samporna, Sabah memulakan operasi Julai ini.

Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan berkata kampus itu akan menerima kemasukan pelajar kumpulan pertama seramai 200 orang.

Beliau berkata kampus di Samporna adalah seluas 40.4 hektar yang dijangka siap pembinaannya pada 2013.

"Dari segi lokaliti, Samporna mempunyai potensi yang sangat besar malahan kita yakin KPTM akan menjadi rebutan anak-anak muda untuk melanjutkan pengajian di sana selepas ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kampus KPTM cawangan Ipoh Khamis.

Sohaimi berkata buat permulaan, KPTM Semporna akan menawarkan dua kursus pengajian peringkat diploma iaitu perniagaan dan perakaunan sebelum kursus agrotani dan agropelancongan diperkenalkan kemudiannya.

Beliau berkata Mara juga bercadang untuk membuka enam lagi kampus KPTM iaitu di Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak dalam tempoh dua tahun ini.

KPTM kini mempunyai kampus di Kuala Lumpur, Kuantan, Bangi, Kota Baharu, Alor Star, Batu Pahat dan Ipoh.



-- BERNAMA

Monday, February 22, 2010

Mesyuarat Agung Koperasi Kolej Poly-Tech MARA Kuantan Berhad

Kepada semua ahli-ahli Koperasi KPTM Kuantan Berhad, anda semua dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi KPTM Kuantan Bhd yang akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 24 Februari 2010 

Masa: 8:00 pagi

Tempat: Dewan Al-Biruni

Sunday, February 14, 2010

Saturday, February 6, 2010

Kem Integriti 1 Hati















All photos by Muhammad Naim of KPTM Kuantan

Wednesday, February 3, 2010

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan Yang Mendamaikan





Suasana Menghijau di KPTM Kuantan, damai dan menenangkan




suasana redup ibarat bersantai semasa mengadakan perbincangan



asyik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin