Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8 Jln Gambang, 25150, Kuantan, Pahang.

nuffang

Thursday, March 3, 2011

Makluman Penting Bagi Pelajar Tajaan MARA

Dimaklumkan pihak MARA telah membayar yuran pengajian terus ke akaun pelajar mulai 1 Mac 2011.Sehubungan itu, semua pelajar MARA dikehendaki menjelaskan semua yuran sebelum 8 Mac 2011. Sila ambil maklum bahawa senarai pelajar yang gagal mematuhi arahan di atas akan diserah kepada pihak MARA untuk tindakan penggantungan bayaran elaun sara hidup.


TATACARA PEMBAYARAN YURAN Pelajar boleh membuat pembayaran terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila isi Slip Deposit/Bayaran/Tuntutan dan melengkapkan maklumat berikut:


Nama Akaun : Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. – Kuantan
Nombor Akaun : 1410029000315641
Rujukan : No Kad Pengenalan Pelajar
Rujukan 2 : No ID Pelajar
Kod Organisasi : G2780500 (maklumkan kod ini jika diminta di kaunter BSN)


Satu salinan slip tersebut hendaklah diserahkan ke Bahagian Kewangan bagi tujuan kemaskini dan perekodan dalam akaun pelajar. Bayaran secara Bank Draf/Wang Pos/Kiriman Wang juga diterima. Sila sediakan pembayaran atas nama KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. – KUANTAN.

sumber: http://ktn.kptm.edu.my/

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin