nuffang

Wednesday, March 23, 2011

Sunday, March 13, 2011

Ekspedisi Berakit Sungai Pahang 2011

Sempena penganjuran Ekspedisi Berakit Sungai Pahang 2011, KPTM Kuantan sekali lagi turut sama dalam menghadapi cabaran berakit di Sungai Pahang 2011. Ekspedisi kali ini bermula di Chenor pada 9 Mac 2011 dan akan berakhir di Pekan, Bandar DiRaja pada 12 Mac 2011 .

Tim KPTM Kuantan diwakili oleh para pelajar dan staf. Majlis Perlepasan Peserta Ekspedisi Berakit Sungai Pahang 2011 telah diadakan dan disempurnakan oleh Pengarah KPTM Kuantan, Puan Nurukhamar Shariff. Beliau semasa ucapannya telah memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan juga nasihat agar menjaga keselamatan semasa menyertai ekspedisi ini. Turut hadir sama di majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Perkhidmatan yang turut sama memberikan kata-kata perangsang dan juga nasihat keselamatan.
 

Para perakit KPTM Kuantan bersiap sedia memulakan perjalanan ke Chenor.

Monday, March 7, 2011

Thursday, March 3, 2011

Program KPTM Prihatin di Pekan, Pahang

KPTM PRIHATIN, PUPUK NILAI MURNI PELAJAR
sumber: http://sohaimi-shahadan.blogspot.com/2011/02/program-kptm-di-pekan.html
kredit gambar: http://miszsensei.blogspot.com/





PEKAN,18 FEBRUARI 2011- Satu Program KPTM Prihatin telah dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Kuantan dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Pekan.



Seramai kira-kira 90 orang pelajar dan kakitangan terlibat serta dibantu oleh penduduk kampong memulakan aktiviti gotong-royong seawal jam 7.30 pagi dan berakhir hingga lewat petang.



Program yang dijalankan selama 2 hari ini merupakan program berbentuk kemasyarakatan yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat yang akan memberi manfaat kepada semua pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang ditekankan oleh KPTM.





Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Tuan Ibrahim bin Awang Ismail, ADUN Peramu Jaya yang turut sudi menyampaikan sumbangan hamper berupa keperluan dapur kepada penduduk kampong.



Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA, Encik Abdul Halim Sahardin, Ahli LembagaPengarah KPTM, Puan Nurul khamar Shariff, Pengarah KPTM Kuantan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Pengarah MARA Negeri Pahang, Pengarah IKM Tasya serta beberapa pemimpin masyarakat. Disamping itu beberapa artis tempatan turut didatangkan khas bagi sama-sama menjayakan program ini.



Dalam majlis sama, Ybhg Dato’ Sohaimi Shahadan turut menyampaikan sumbangan daripada KPTM sebanyak RM 2000.00 kepada Badan Kebajikan SK Pekan Jaya.





Selain merasmikan majlis, YB ADUN dan Ybhg Pengerusi turut menyerahkan bantuan dari rumah ke rumah penduduk kampong .Mereka yang menerima bantuan terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan dan uzur.



Beliau kemudiannya turut menyertai para pelajar dan kakitangan KPTM meneruskan kerja-kerja menaiktaraf Surau Al-Ikhsan, di kawasan perumahan Dato’ Shahbandar seperti mengecat, menggantikan atap yang rosak, membaiki kolah air serta membersihkan kawasan persekitaran.



Sebagai simbolik, 3 batang pokok kelapa telah ditanam olehYB ADUN, YBhg Pengerusi serta Pengarah KPTMKC Kuantan di perkarangan surau.





Rata-rata penduduk berpuashati malah menyifatkan aktiviti yang dianjurkan ini sebagai satu usaha murni KPTM merapatkan hubungan diantara penduduk kampong, golongan pemimpin serta para pelajar.



Tidak cukup dengan itu, mereka amat gembira apabila didatangi oleh para pelajar program Kejururawatan dari Kampus Cawangan Kota Bharu yang memberikan pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah.





­­

“Tanggungjawab yang besar perlu dimainkan oleh para pelajar KPTM dalam memperluaskan skop pengajian mereka bukan sahaja dalam bidang akademik malah kepelbagaian ‘soft skill’ bagi menempatkan mereka setara malah lebih baik dalam persaingan di arena pekerjaan akan datang.



Melalui program-program seperti CSR ini,para pelajar didedahkan serta diberi peluang mendekatkan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat. Di sinilah nilai-nilai dan budaya yang baik ditonjolkan seperti menghormati orang tua, amalan bergotong-royong, pemuafakatan,menghargai masa dan sebagainya.



Ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar meningkatkan nilai kendiri dan akan sentiasa dijadikan amalan dalam kehidupan mereka kelak”, kata Sohaimi.





CikNorsafadiahaslidaMd Ali, 33 tahun, melahirkan rasa terharu di atas kunjungan ramai pihak serta memberikannya kata-kata perangsang selain menghulurkan bantuan untuk terus tabah melalui hari-hari mendatang.



Beliau diantara penerima sumbangan yang sejak berusia 12 tahun mengalami kecacatan anggota kaki akibat kebakaran.Kini, beliau hanya mampu duduk di kerusi roda dan tinggal bersama ibubapanya yang uzur.





KPTM dalam usaha melonjakkan pencapaian para pelajarnya, kini sedang giat memperkemas sistem pengurusan di setiap kampus bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelajar sekaligus menyiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tambahan bagi menambah kualiti diri. Program seperti yang dianjurkan ini sudah pasti meninggalkan kesan positif serta mampu melatih mereka menjadi insan yang lengkap, rohani dan jasmani.

Wednesday, March 2, 2011


KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2011 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melakar kecemerlangan pertama dalam lembaran 2011 apabila dinobatkan sebagai penerima “The Malaysia Service Excellence Award 2010” di Hotel Legend, Kuala Lumpur Malam tadi.



Anugerah yang berprestij ini telah disampaikan oleh YBhg. Mejer Kehormat (Rela) Dato’ Dr. Haji Omar bin Awang yang merupakan Pengerusi Badan-badan Gabungan NGO kepada Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun dan disaksikan oleh kira-kira 500 orang tetamu jemputan.

Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun berkata “ Anugerah ini merupakan bukti kesungguhan serta komitmen bersepadu oleh seluruh warga kerja KPTM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan”.


“ The Malaysian Service Excellence Award 2010 ” merupakan anugerah berprestij yang diberikan kepada KPTM di atas mutu perkhidmatan kolej ini. Pengiktirafan antarabangsa akan menyusul selepas ini di mana pihak SIRIM telah mengesyorkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 kepada KPTM dan kampus-kampus cawangannya, tambah Yusoff mengakhiri perbualan.



Program anjuran The Malaysia Trade and Industry Organisation ini merupakan program tahunan dan turut disertai oleh pelbagai agensi korporat dan badan-badan NGO.







Disediakan oleh:



Unit Komunikasi Korporat


Kolej Poly-Tech MARA

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin