nuffang

Tuesday, March 8, 2016

JEJAK ALUMNI: NUR EZZATI BT MOHD NASIR KINI DI UNITED KINGDOM



Nur Ezzati Bt Mohd Nasir merupakan alumni (bekas pelajar) KPTM Kuantan yang sedang mengikut pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Newcastle, United Kingdom. 

Setelah menamatkan pengajian di peringkat Diploma in Corporate Communication di KPTM Kuantan dengan cemerlangnya, Nur Ezzati telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Newcastle University Upon Tyne dalam jurusan Media, Communication and Cultural Studies.

Baca Jejak Alumni yang lain di sini 

Sunday, March 6, 2016

KENAPA PERLU PILIH KPTM KUANTAN: Mendapat Perakuan Akreditasi MQA

APA ITU MQA?


Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.
Berikutan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangannya diserapkan ke dalam MQA.
Dengan visi untuk menjadi sebuah autoriti global dalam jaminan kualiti pengajian tinggi dan misi untuk mewujudkan satu sistem jaminan kualiti yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baharu dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.

SUMBER:







SCREEN SHOT PERAKUAN AKREDITASI MQA 






Ini hanyalah 2 contoh screen shot utk 2 program diploma di KPTM Kuantan yang terbukti mendapat perakuan akreditasi drpd pihak MQA. 

Untuk melihat sendiri perakuan akreditasi bagi program-program diploma lain yang terdapat di KPTM Kuantan, sila layari 


http://www.mqa.gov.my/mqr/    > carian kelayakan > institusi swasta > kolej/institusi > kolej poly-tech mara cawangan kuantan


PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA DI KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN (KPTM KUANTAN) SESI JULAI 2016

Tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM 2015 yang telah mendapat keputusan masing-masing pada 3 Mac 2016 baru-baru ini.

Kepada yang masih tercari-cari di mana tempat untuk melanjutkan pengajian anda boleh la memohon masuk ke KPTM Kuantan.

Ada 5 cara untuk bakal-bakal pelajar memohon masuk ke program-program di KPTM Kuantan.

Cara yang paling SENANG sekali ialah dengan whatsapp ke nombor 

+6012 9473 730  (hanya utk mereka yg belum memohon secara online)

2.) secara online dengan melayari 
http://online.kptm.edu.my:8001/cms/smp/index3.php?l1=Application&l2=Online

3.) walk-in ke KPTM Kuantan di KM 8, Jalan Gambang, 25150, Kuantan, Pahang

4.) mengisi borang permohonan di karnival-karnival pendidikan (pameran jom masuk ipt atau karnival MARA)

5.)   pm jer https://www.facebook.com/aniszde.miszsensei (staf kptm kuantan)





Alumni KPTM Kuantan bergambar bersama YM DR. RAJA SHAMRI yg juga merupakan alumni KPTM Kuantan, semasa program Tauntan Alumni Serantau 2016 baru-baru ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin