KOLEJ POLY-TECH MARA
The Campus Life
nuffang
Friday, March 31, 2023
Sunday, February 5, 2023
KELAB KEUSAHAWANAN KPTM KUANTAN DI KARNIVAL KERJAYA MARA
Ahli Kelab Keusahawanan KPTM Kuantan; Danish Afnan dan Akmal Ariff sedang sibuk menyiapkan pesanan Takoyaki daripada pelanggan. |
Wednesday, February 1, 2023
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)
Ucapan Sekalung Tahniah
KUPTM telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti penuh dan kini dikenali sebagai
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)
Berkuatkuasa pada 06 Januari 2023.
Diharapkan agar Institusi yang telah bertapak di Kuala Lumpur sejak tahun 1987 sebagai Maktab Sains MARA (MSM) kepada Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) pada tahun 1996, kepada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) pada tahun 2003, naiktaraf kepada Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) pada tahun 2015, dan kini dikenali sebagai UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM) tahun 2023, akan menjadi institusi yang akan terus melahirkan ramai generasi intelek berilmu, beradab dan berbakti kepada Negara..
TAHNIAH… UPTM…
Sunday, May 22, 2022
PERMOHONAN KEMASUKAN SESI JULAI 2022 KINI DIBUKA
PERMOHONAN KEMASUKAN SESI JULAI 2022
Program pengajian yang ditawarkan pada sesi Julai 2022 di KPTM Kuantan adalah:
1. Diploma in Accounting
2. Diploma in Business Management
3. Diploma in Civil Engineering
4. Diploma in Human Resource Management
5. Diploma in Sports Management
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila klik INI
Monday, May 16, 2022
Tuesday, October 27, 2020
PERMOHONAN MASUK KE KPTM KUANTAN BAGI SESI NOVEMBER 2020
Monday, October 26, 2020
Nombor Whatsapp Kolej Poly-Tech MARA Seluruh Malaysia
Nak hubungi KPTM tapi segan nak buat panggilan? Well....
Whatsapp jer laa
KUPTM KL : www.wasap.my/60192600861
.
KPTM Bangi : www.wasap.my/60196554676
.
KPTM Kuantan : www.wasap.my/60199147467
.
KPTM Kota Bharu : www.wasap.my/60139958760
.
KPTM Alor Setar : www.wasap.my/60132888050
.
KPTM Batu Pahat :www.wasap.my/60197550967
.
KPTM Ipoh : www.wasap.my/60125989538
Saturday, June 20, 2020
DIPLOMA IN ACCOUNTING KPTM KUANTAN SESI JULAI 2020
Friday, June 19, 2020
PERMOHONAN MASUK KE KOLEJ POLY-TECH MARA MASUK DIBUKA
Masih mencari-cari kolej untuk sambung belajar? Jom masuk KPTM Kuantan. Permohonan masuk masih dibuka. Macam mana nak mohon? whatsapp je..
wasap.my/60129473730
wasap.my/60129473730
Kena bayar berapa?
Yuran pengesahan RM100 je
Bayar RM100 dah boleh mendaftar sebagai pelajar Kolej Poly-Tech MARA.
Bayaran lain-lain boleh tangguh dulu sehingga para pelajar dapat pinjaman daripada MARA atau PTPTN.
ada lagi soalan?
Whatsapp je... nanti kita boleh borak panjang
wasap.my/60129473730
wasap.my/60129473730
NAK BAWA APA KE KOLEJ
Kepada bakal siswa dan siswi KPTM Kuantan, tahniah diucapkan kerana memilih KPTM Kuantan sebagai kolej pilihan anda.
4 Julai 2020 dah tak lama tu, barang-barang nak bawa ke KPTM Kuantan dah ready ke?
Kalau masih keliru dengan apa yang perlu dibawa. Berikut adalah cadangan barangan keperluan peribadi yang patut di bawa ke KPTM Kuantan nanti.
Pakaian
Bagi siswa anda boleh memakai baju kemeja berlengan pendek atau panjang beserta tali leher ke kelas.
Seluar slack yang berwarna gelap yang nampak formal. Seluar slack yang ketat adalah tidak dibenarkan. JEANS tidak dibenarkan dipakai ke kelas atau semasa menghadiri majlis-majlis rasmi di kolej.
Baju Melayu dengan sampin (Hari Jumaat pakai ke kelas, tak wajib tapi ramai yang praktikkan)
Kasut bertutup untuk pergi kelas, yang nampak formal macam orang pergi kerja tu. Tak kisah la kulit ke, tak kulit ke, asal nampak formal.
Bagi siswi pula, biasanya para siswi KPTM Kuantan akan memakai baju kurung untuk ke kelas. (Kebaya, kebarung, kurung pahang dan lain-lain.)
Bagi para siswi Cina, India dan kaum-kaum lain, biasanya akan memakai blouse, skirt panjang dan seluar panjang yang longgar. Jeans adalah tidak dibenarkan. Siswi Islam yang nak pakai blouse pun boleh, takde masalah.
Pakaian lain ikut keperluan masing-masing. Tuala mandi, kain batik, kain pelikat dan pakaian yang untuk dipakai semasa berada di asrama.
Ohh... yang tak tahan sejuk tu, jangan lupa bawak sweater atau cardigan. Kelas semuanya mempunyai pendingin hawa. Nanti beku pula duduk dalam kelas.
Pakaian sukan (Baju T, Seluar Track dan Kasut Sukan)
Peralatan sukan juga boleh dibawa sekiranya anda rasa perlu. Contohnya raket badminton (KPTM Kuantan ada court badminton dalam dewan baharu)
Kalau anda seorang pemain bowling dan ada bola sendiri boleh juga bawa kerana KPTM Kuantan ada kelab bowling.
Peralatan mandian.
Berus dan ubat gigi
Sabun mandi atau shower gel senang sket
Syampu, Pencuci muka (siswi wajib la ni kan, yg siswa kalau pakai bawaklah)
Sabun basuh baju
Hanger (bawak banyak2, senang gantung baju dalam almari dan guna masa nak jemur kain)
Sepit baju
Baldi atau bakul kecil untuk letak peralatan mandian tu (toiletries)
Baldi besar pun perlu ada untuk mendobi. Di asrama ada disediakan mesin basuh yang boleh letak duit tu. Kalau nak mendobi dan terus keringkan kena jalan keluar kolej sket, ada pusat dobi layan diri.
Barangan lain,
Sarung bantal, cadar, selimut, (2 set, at least satu basuh satu lagi ada boleh pakai) baldi, sejadah dan Al-Quran (bagi pelajar Muslim) serta peralatan peribadi yang lain. Jangan lupa bawa BANTAL.
Bakul atau beg besar untuk baju kotor. Beg besar macam beg IKEA biru tu senang letak baju kotor untuk dibawa ke pusat dobi.
Padlock utk almari
ohh.. jangan lupa selipar untuk ke tandas, takkan nak pakai kasut yg pakai pergi kelas tu kan.
Cermin. Kecil atau besar terpulang, kerana dalam bilik tidak disediakan cermin. Kat tandas ada la.
Plastik sampah dan tong sampah kecil utk dalam bilik. Tong sampah besar ada disediakan di luar bilik.
(kalau ada terlupa bawa, jangan bimbang kerana dalam kawasan kolej ada Campus Mart - kedai runcit yang menjual pelbagai barangan.
ALAT TULIS DAN BUKU
Test pad (bawak banyak2 sbb memang akan guna byk kalau taknak guna buku nota)
Pen, pensel, correction tape, pembaris, pemadam, gunting, gam, stapler, puncher.
Fail (senang utk simpan notes, nanti nak exam taklah tercari-cari nota)
Kertas A4 (print assignments)
Buku teks pulak nanti boleh beli di Campus Mart.
Peralatan Elektrik.
Laptop & charger
Handphone & charger; earphones & headphones
Powerbank
Pendrive
Seterika (Iron)
Cerek Elektrik (penting untuk masak air utk mkn maggi)
(barangan elektrik perlu didaftarkan dengan pihak HEP atas faktor-faktor keselamatan, taklimat akan diberikan semasa hari orientasi)
Ubat-ubatan, plaster & minyak angin
Barangan personal care lain contohnya:
Sikat rambut, make-up (siswi sahaja), perfume, deodorant (wajib pakai sebab kelas ber-aircond), ketip kuku, minyak rambut, cotton buds dan lain-lain.
Akhir sekali, peralatan untuk makan, bekas tupperware atau tipuware, sudu, garfu, botol air, pinggan & mangkuk. Okey... itu sahaja cadangan barangan yang perlu dibawa, ada lagi? Boleh cadangan di kotak komen ye.
Tuesday, April 21, 2020
INSENTIF KEPADA PARA PELAJAR DAN BAKAL PELAJAR KPTM
pengajian, PERCUMA yuran pindahan kredit + REBAT yuran pendaftaran RM250
Selamat maju jaya!!
::𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻::
Monday, April 20, 2020
PENGALAMAN BELAJAR DI KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN
Saturday, April 18, 2020
Sunday, March 29, 2020
Monday, March 23, 2020
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KPTM 2020
Kepada semua yang telah memohon masuk ke Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia bagi sesi kemasukan APRIL 2020, anda boleh semak keputusannya di link berikut:
SEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN KPTM 2020
Kepada yang BELUM membuat permohonan masuk, peluang anda masih ada. Anda boleh klik link INI untuk membuat permohonan.
Kepada yang telah membuat permohonan secara online atau dengan mengisi borang permohonan secara bertulis anda boleh hubungi wasap.my/60192666782 sekirannya anda ada apa-apa pertanyaan.