nuffang

Monday, April 20, 2020

PENGALAMAN BELAJAR DI KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN


Coretan 𝙉𝙊𝙍𝙎𝙔𝘼𝙕𝙇𝙄𝙉𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙎𝘼𝙄𝙁𝙐𝘿𝘿𝙄𝙉, pelajar 𝘿𝙞𝙥𝙡𝙤𝙢𝙖 𝙞𝙣 𝘾𝙞𝙫𝙞𝙡 𝙀𝙣𝙜𝙞𝙣𝙚𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 (𝘾𝙤𝙣𝙨𝙩𝙧𝙪𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮) 𝟮𝟬𝟭𝟳-𝟮𝟬𝟮𝟬 yang telah menerima anugerah dekan pada setiap semester dan 3 kali anugerah senat, mengenai pengalaman beliau belajar di KPTM Kuantan.

Pada Julai 2017 saya telah melanjutkan pelajaran saya ke peringkat diploma di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan. Saya telah memilih KPTM Kuantan kerana KPTM Kuantan menawarkan program 𝘋𝘪𝘱𝘭𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 (𝘊𝘰𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘢𝘧𝘦𝘵𝘺) yang saya minati. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗞𝗣𝗧𝗠 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 dan dia telah pun berjaya menjadi seorang 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙊𝙛𝙛𝙞𝙘𝙚𝙧 di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajiannya di KPTM Kuantan. Dia memberi inspirasi kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.








Saya mula menanam azam yang tinggi sewaktu melanjutkan pelajaran di KPTM Kuantan. Alhamdulillah dengan hasil dorongan pensyarah dan rakan-rakan saya berjaya mendapat 𝗮𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝟯 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗱𝗶 𝗞𝗣𝗧𝗠 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻. Dengan menerima anugerah senat saya telah mendapat 𝗶𝗻𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗳 𝟯𝟬% 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 pada semester yang berikutnya. KPTM Kuantan juga memberi peluang kepada semua pelajar kejuruteraan untuk menyertai 𝘴𝘪𝘵𝘦 𝘷𝘪𝘴𝘪𝘵 yang dianjurkan sepenuhnya oleh pihak kolej untuk menambah ilmu dan pengalaman terhadap bidang yang diceburi.





Antara kemudahan yang disediakan di KPTM Kuantan adalah asrama, kelas yang selesa dan berhawa dingin dan pelbagai kemudahan sukan seperti gelanggang bola tampar, bola jaring, tennis dan lain-lain. Saya juga telah bergiat aktif dengan menyertai pasukan bola tampar peringkat IPT di KPTM Kuantan. Seterusnya saya juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kelab yang diadakan di kolej. Saya menyertai 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘭𝘶𝘣 pada tahun akhir pengajian dan saya memegang jawatan sebagai N𝗮𝗶𝗯 P𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝙀𝙣𝙜𝙞𝙣𝙚𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝘾𝙡𝙪𝙗 2019.





Saya merupakan pelajar semester akhir dan sedang menunggu keputusan Latihan Industri untuk menamatkan pengajian saya di KPTM Kuantan. Latihan industri selama 16 minggu telah memberi banyak kepentingan dan kebaikan kepada saya terutamanya dalam bidang 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨. Banyak ilmu dapat saya pelajari dan pengalaman dapat saya timba berkaitan keadaan sebenar di tapak binaan.
Akhir sekali, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas saya menamatkan pelajaran di KPTM Kuantan. Terima kasih kepada pensyarah di KPTM Kuantan kerana mendidik saya sehingga berjaya menamatkan pengajian 𝘋𝘪𝘱𝘭𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 (𝘊𝘰𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘢𝘧𝘦𝘵𝘺) dengan cemerlang.
𝙆𝙊𝙉𝙑𝙊𝙆𝙀𝙎𝙔𝙀𝙉 𝙆𝙋𝙏𝙈 2020...𝙏𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜!!!

SUMBER: FACEBOOK KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin