nuffang

Tuesday, May 31, 2011

Majlis Makan Malam Alumni KPTM

Sokongan orang lama mampu tingkatkan kemajuan KPTM - Sohaimi






HASAN Malek menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan ICSA pada Majlis Makan Malam Alumni KPTM di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Sohaimi Shahadan (dua kanan). - UTUSAN/ASWAD YAHYA



--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 29 Mei - Sokongan orang lama yang meninggalkan kampus dan mereka yang masih menuntut mampu menyumbang kepada perkembangan positif dalam memangkin hala tuju, visi dan masa depan Kolej Polytech Mara (KPTM).



Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau percaya alumni KPTM boleh menyumbangkan tenaga, pengetahuan dan kepakaran atau apa jua bentuk demi meningkatkan kemajuan kolej itu dan negara.



"Dalam menempuh alaf baru ini, saya menyeru agar semua pihak bersungguh-sungguh memastikan penubuhan alumni KPTM suatu yang signifikan kepada pembangunan kolej.



"Usaha ini merangkumi pemantapan saluran yang lebih bernas sebagai platform kepada para alumni untuk menyumbang tenaga, idea serta kewangan bagi mewujudkan sebuah institusi pendidikan yang terkemuka," katanya pada Majlis Makan Malam Alumni KPTM 2011, di sini malam tadi.



Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, KPTM perlu bergerak ke depan untuk memastikan lulusannya terus memenuhi permintaan pasaran tempatan dan global terutama dalam bidang kritikal.



"Sekali gus meningkatkan daya produktiviti negara dan profesionalisme mereka ketika bekerja," katanya.



Pada majlis itu, KPTM menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan Berjaya Alumni KPTM dan meraikan tiga lulusan jurusan Institut Pentadbiran Setiausaha Bertauliah (ICSA) KPTM yang dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Terbaik Institut Pentadbiran Setiausaha Bertauliah Malaysia (MAICSA).



Mereka yang menerima Anugerah Tokoh Usahawan Berjaya Alumni KPTM ialah Brian Iskandar Zulkarim, Azlan Rosmera, Ariffin Marzuki, Azrilah Abdul Aziz dan Redzuan Rahmat manakala lulusan ICSA yang diraikan ialah Siti Liyana Ahmad Baktiar, Norbazilah Othman dan Wan Norsyahnaz Wan Othman.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.


Turut diraikan 20 kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Autisme Kaseh Templer, Selayang.


sumber

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin