nuffang

Friday, October 11, 2013

Berita Majlis Anugerah Dekan Sesi Januari 2013 KPTM Kuantan di Sinar Harian




KUANTAN  -  Status orang kurang upaya (OKU) tidak pernah membuatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektrikal Industri) Kolej Poly-Tech Mara,  Mohd Fadil Wahid, 21, rendah diri malah sentiasa mencabar dirinya untuk melakukan yang terbaik.

Hasil usaha selama lima semester, akhirnya dia menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh anugerah dekan dalam peperiksaan pada semester lima yang lalu.

Menurutnya, dia berusaha keras untuk mendapat keputusan tersebut malah belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan impiannya tercapai.

“Bukan senang nak dapat keputusan 3.5 ke atas, tapi saya nekad untuk mencapai keputusan tersebut.

“Kejayaan abang dan kakak menjadi jurutera membakar semangat saya untuk melakukan perkara yang sama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Dekan KPTM Kuantan bagi sesi Januari 2013, di sini.

Hadir merasmikan, Timbalan Presiden Akademik KPTM Malaysia, Ismail  Junuh. Turut hadir, Pengarah KPTM Kuantan, Kassim Osman.

Mohd Fadil yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan hanya memperoleh 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rakannya, Muhammad Asharbulyamiin Abdul Rahman, 22, pula, menyifatkan keputusan cemerlang yang diperoleh sejak lima semester lalu sangat bermakna buat dirinya.
“Keputusan cemerlang sepanjang lima semester ini diharap dapat membantu saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di United Kingdom nanti.

“Saya memang bercita-cita mahu menyambung pengajian di luar negara kerana percaya banyak peluang boleh diterokai di sana,” katanya yang mendapat keputusan 3.8 pada semester lalu.

Sementara itu, Ismail berkata, KPTM mengharapkan lebih ramai pelajar cemerlang KPTM melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Skim Tajaan Mara khas untuk pelajar KPTM.

“Rugi jika pelajar cemerlang tidak mengambil peluang keemasan ini. Kebanyakan mereka lebih selesa melanjutkan pengajian di universiti tempatan sedangkan banyak tempat menanti mereka di luar negara," katanya.

Pada majlis itu, seramai 132 pelajar cemerlang daripada 10 kursus menerima surat penghargaan anugerah dekan bagi sesi Januari 2013.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin