Tugimon Abdul Hamid (empat kiri) melawat Pasar Tani Siswazah 2 anjuran Kolej Poly Tech Mara di Dewan Mat Kilau, Kuantan, semalam. - UTUSAN/SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN |
KUANTAN 7 April - Graduan lepasan institusi pengajian Majlis Amanah Rakyat (Mara) boleh memohon pinjaman tanpa syarat serta faedah untuk menceburkan diri dalam perniagaan di negeri ini.
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Mara Negeri Pahang, Tugimon Abdul Hamid berkata, pinjaman itu dilaksanakan awal tahun ini dengan menyasarkan sebanyak 100 peserta dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM10,000.
Menurutnya, langkah ini bertujuan melahirkan lebih ramai golongan usahawan bumiputera di negeri ini dan mencipta peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat."Pinjaman itu diberikan kepada graduan yang telah mendaftarkan perniagaan dan mereka hanya akan membayar jumlah sama kepada Mara selama tiga tahun tanpa sebarang faedah dikenakan.
"Kelayakan lain bagi peserta adalah mereka perlu berumur lebih 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun," katanya selepas merasmikan Pasar Tani Siswazah anjuran Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kuantan di Dewan Mat Kilau di sini hari ini.
Sebanyak 20 peserta menyertai program itu sebagai pendedahan kepada penuntut KPTM Kuantan tentang dunia perniagaan serta cara berkomunikasi dengan masyarakat setempat.Menurut Tugimon, selain bantuan pinjaman tersebut, mereka juga perlu berfikir dengan lebih kreatif dalam mewujudkan sesuatu produk dan meluaskan perniagaan."Banyak bidang intelektual yang masih belum diterokai dan dijadikan perniagaan seperti industri bioteknologi, pertanian dan banyak lagi.
Beliau berharap golongan itu perlu menggunakan ruang yang ada ini dengan mula berfikir sebagai seorang usahawan.
"Mereka perlu berfikir bahawa bukan hanya belajar untuk memenuhi keperluan sesebuah industri tetapi membangunkan sesuatu bidang perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada umum, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran," Ujarnya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pahang/20140408/wp_01/Graduan-lepasan-Mara-dibantu#ixzz2yHjabzIU
No comments:
Post a Comment