nuffang

Sunday, February 8, 2015

KOMPLEKS SISWANIAGA KPTM KUANTAN


Satu sesi lawatan rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Kompleks Siswaniaga KPTM Kuantan, diiringi oleh Pengerusi KPTM YBhg. MOhd Azis Haji Jamman bagi melihat hasil pembinaan kompleks siswaniaga yang berasaskan kontena.

KPTM menubuhkan Kompleks Siswaniaga Cawangan KPTM Kuantan sebagai salah satu cara untuk menyokong moto MARA iaitu Keusahawanan dan Pendidikan Global. Ia juga sebagai salah inisiatif KPTM dalam aktiviti pembanginan keusahawanan yang diberikan perhatian serius selaras dengan hala tuju baharu KPTM yang menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan untuk graduannya.

Uniknya, bangunan kompleks ini dibina dengan menggunakan kontena terpakai sebagai bahan alternatif dalam pembuatan komponen bangunan secara modular yang bersesuaian dengan cuaca iklim tropika di Malaysia disamping menggunakan teknologi komponen bangunan yang difabrikasi di kilang dengan menggunakan bahan komposit teknologi hijau MODULAR CRAFT SYSTEM oleh Portland Group of Companies

sumber: Sektor Komunikasi Korporat KPTM

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin