TAHNIAH diucapkan kepada anda yang telah berjaya diterima masuk ke KPTM Kuantan. Seperti yang telah dinyatakan dalam surat tawaran tarikh pendaftaran adalah pada 16 Julai 2016 (Sabtu).
Kepada yang masih tidak pasti apa yang perlu dibuat setelah menerima tawaran ke KPTM Kuantan... ini apa yang anda perlu buat:
1. Muat turun Surat Tawaran dan dokumen-dokumen lain di SINI . Anda perlu mencetak 'Surat Tawaran' dan 'Borang-Borang Perlu Diisi', yang lain-lain boleh juga di cetak sekiranya perlu.
2. Baca, baca dan baca semua dokumen yang anda telah muat turun tadi dan ikut arahan yang dinyatakan di dalam borang tersebut (KPTM tidak menghantar surat tawaran atau borang melalui pos, semuanya boleh di muat turun secara online.)
3. Membuat Bayaran Pengesahan sebanyak RM250 di KAUNTER Bank Islam. Diingatkan agar anda membuat bayaran di KAUNTER bank dan BUKAN melalui Cash Deposit Machine
4. Buat pengesahan bayaran secara online di SINI
Sekiranya anda mengalami kekeliruan untuk membuat pengesahan sila rujuk di SINI
Akhir sekali sebelum anda datang mendaftar pada 16 Julai 2016 sila pastikan anda telah
1.Mengisi semua borang-borang yang sepatutnya diisi (Sila rujuk kpd Buku Panduan Pendaftaran Pelajar)
2. Membuat medical check-up
3. Membuka Akaun Simpanan CIMB (kpd yg tiada akaun simpanan CIMB)
4. Membawa bersama anda gambar berukuran pasport. (Bilangan gambar yg diperlukan sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar)
5. Membawa peralatan peribadi untuk kegunaan di asrama, pakaian sukan dan pakaian formal untuk ke kelas.
No comments:
Post a Comment