nuffang

Wednesday, March 6, 2019

MALAYSIA KEKURANGAN SAINTIS DAN JURUTERA



Malaysia Kekurangan Saintis dan Jurutera
13 Ogos 2018
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sekitar 500,000 saintis dan jurutera menjelang 2020 bagi memastikan negara berada pada landasan tepat ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata Malaysia bagaimanapun hanya memiliki 70,000 jurutera berdaftar setakat ini.

"Berdasarkan anggaran dikeluarkan Majlis Kebangsaan Bagi Pembangunan Saintifik dan Penyelidikan (MKPSB), kita memerlukan kira-kira 500,000 saintis dan jurutera, namun jumlah yang ada hanya sekitar 17 peratus daripada jumlah anggaran dikeluarkan MKPSB.
"Justeru, usaha dan langkah bersepadu harus disegerakan bagi menangani masalah serius kekurangan saintis dan jurutera di negara ini lebih-lebih lagi apabila negara kita berdepan cabaran IR 4.0," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Teknologi, Sains dan Kejuruteraan Dunia (ESTCON) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini mewakili Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Yang turut hadir, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr Mohamed Ibrahim Abd Mutalib.



Untuk maklumat lanjut berkenaan program kejuruteraan di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan boleh whatsapp ke:

http://bit.ly/INFOKPTM
http://bit.ly/INFOKPTM
http://bit.ly/INFOKPTM


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin