Untuk makluman semua, Kolej Poly-Tech MARA merupakan sebuah kolej anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan berstatus Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Kolej Poly-Tech MARA ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Yayasan Pelajaran MARA. Walaupun KPTM ni merupakan sebuat IPTS namun KPTM sangat istimewa kerana para pelajar yang belajar di semua cawangan Kolej Poly-Tech MARA layak untuk memohon pinjaman MARA.
Kenapa best sangat pinjaman MARA ni? Berbeza dengan PTPTN, pelajar yang dapat pinjaman MARA akan mendapat wang saku setiap bulan dan yuran pengajian setiap semester boleh dibayar dengan wang pinjaman MARA. Setelah tamat pengajian pelajar hanya perlu membayar balik sebanyak mana yang dipinjam sahaja tanpa ada bunga (interest) malahan sekiranya tamat pengajian dengan keputusan yang cemerlang, para pelajar boleh memohon pengurangan bayaran. Bestkan. Tak perlulah kita menyusahkan ibubapa dengan perlu mencari duit lebih untuk menanggung perbelanjaan pengajian.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai insentif lain yang disediakan, antaranya pemberian 10% diskaun bayaran yuran pengajian bagi ahli keluarga kedua dan ketiga yang mendaftar. Seterusnya insentif Pelajar Cemerlang, yang membolehkan para pelajar mendapat potongan sebanyak 30% daripada yuran pengajian bagi semester berikutnya.
Graduan KPTM Kuantan yang mendapat tajaan MARA menyambung pengajian di Australia |
No comments:
Post a Comment