nuffang

Tuesday, May 30, 2017

PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN DI KPTM KUANTAN



PELUANG UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI KPTM KUANTAN MASIH DI BUKA
KEPADA YANG MASIH BELUM MEMBUAT PERMOHANAN BOLEH PM FB

https://www.facebook.com/aniszde.miszsensei  (untuk yg belum mohon sahaja)

Monday, May 29, 2017

PANDUAN UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN TERIMA TAWARAN KPTM

 Berikut ialah panduan untuk membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA Kuantan dan juga bagi KPTM cawangan-cawangan lain.


Sila baca dengan teliti.

Bayaran bagi semua KPTM perlu dibuat di KAUNTER BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, ye di KAUNTER bank sahaja, tidak boleh buat bayaran melalui cash deposit machine. Manakala bagi KPTM Semporna, perlu buat bayaran di KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN).

Simpan resit pembayaran tersebut dengan baik. Setelah membuat pembayaran di kaunter bank yg berkenaan, sila layari laman web online.kptm.edu.my:8001/admission untuk membuat pengesahan kemasukan secara online

Pengesahan perlu dibuat secara online dalam tempoh sehingga dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran.
(2 minggu sebelum 1 Julai 2017)
Berikut ialah cara-cara utk membuat pengesahan secara online











sekiranya tidak terdapat nombor seperti yang ditunjuk pada nombor 8, anda boleh masukkan nombor dalam kotak merah seperti arahan dalam dialog box gambar di atas. (no 8 tu sebenarnya no dia sama je dengan yg telah di highlight kotak merah tu)

Saturday, May 27, 2017

CARA MEMBUAT PENGESAHAN ONLINE BAGI KEMASUKAN KE KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) SESI JULAI 2017


Berikut ialah cara-cara untuk membuat pengesahan kemasukan ke KPTM secara online.


Untuk makluman, makluman mengenai Pengesahan ini ada dinyatakan seperti berikut.




Untuk membuat pengesahan... Pertama sekali sila layari,




http://online.kptm.edu.my:8001/admission/










dan click PANDUAN PENGESAHAN dan selepas itu click PENGESAHAN seterusnya, sila ikuti arahan yang telah dinyatakan.



Tuesday, May 23, 2017

ROAD TO SUPTEM 7





Pada 22 Mei 2017 kontinjen KPTM Kuantan telah berangkat ke Batu Pahat, Johor bagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Kolej Poly-Tech MARA SeMalaysia (SUPTEM 7) yang bertempat di KPTM Batu Pahat.

Berikut ialah gambar-gambar atlit-atlit dan para pegawai SUPTEM 7 yang di rakam di KPTM Kuantan sebelum memulakan perjalanan ke Batu Pahat.

























photo credit:
IG: hazziq96 
 FB : haziq amadi / HA QI

Wednesday, December 7, 2016

CARA MENYEMAK DAFTAR KPTM KUANTAN DI MQA

Berikut ialah cara-cara untuk menyemak daftar KPTM Kuantan di MQA. 

Anda boleh terus ke website Malaysia Qualifications Register





Seterusnya >  Private Institution, pastu pilih College, dan masukkan nama Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Kuantan





seterusnya akan terpaparlah semua program yang terdapat di KPTM Kuantan. 
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah boleh la berhubung terus dengan pihak KPTM Kuantan di talian 09-5366513/514/701.


Monday, November 28, 2016

TATACARA PERMOHONAN SKROL DAN TRANSKRIP GANTIAN

Berikut ialah panduan tatacara bagi para alumni KPTM Kuantan yg ingin memohon skrol dan transkrip GANTI.


Pertama sekali, perlu isi borang Borang Mohon Penggantian Skrol

1. Sijil diploma baharu akan dikeluarkan oleh pihak HQ. 

Saudara/saudari dikehendaki untuk mengisi Borang yang dilampirkan. Poskan borang ini ke Sektor Pendaftaran & Rekod Statistik KPTM Kuantan, bersama-sama dengan satu salinan laporan polis dan resit bayaran BSN  sebanyak RM50 kepada KPTM (seperti yang dinyatakan pada borang). Pihak kami akan memohon dengan HQ untuk mencetak sijil saudari.

2. Transkrip baharu akan dikeluarkan oleh Sektor Penjadualan & Peperiksaan KPTM Kuantan.

Transkrip pula akan dikeluarkan oleh pihak KPTM Kuantan sendiri. Saudari dikehendaki membuat bayaran kepada KPTM KUANTAN sebanyak RM50 (sila rujuk lampiran berwarna biru).

3. Sijil dan transkrip baharu yang telah siap akan dipos kepada saudari atau saudari boleh ambil sendiri di KPTM Ktn. Jika saudari ingin pihak kami poskan dokumen-dokumen tersebut, sila hantar kepada kami SAMPUL POS EKSPRESS BERALAMAT SENDIRI (SAIZ A4). Sampul tersebut boleh dipos bersama-sama dengan Borang Permohonan Skrol Ganti ini.

4. Adalah diingatkan cetakan sijil baharu akan mengambil masa kerana ia dicetak oleh pihak HQ dan kami perlu memohon secara rasmi dengan menghantar memo kepada pihak yang berkenaan.

MAKLUMAT PENTING!
Merujuk kepada Buku Peraturan Akademik Pindaan 2015, bermula dengan para graduan yg berkonvo pada tahun 2015 dan tahun seterusnya, pihak kolej hanya akan menyediakan Surat Pengesahan  pengurniaan diploma utk tujuan penggantian skrol yg telah hilang atau rosak. Oleh itu, graduan yg berkonvo pada tahun 2014 dan tahun-tahun sebelumnya sahaja yang akan dapat sijil gantian.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak kolej di talian 09 5366 513/514







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin