nuffang

Saturday, June 20, 2020

DIPLOMA IN ACCOUNTING KPTM KUANTAN SESI JULAI 2020




Program Diploma in Accounting di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan bagi sesi kemasukan Julai 2020 akan memulakan kelas pada 6 Julai 2020 ini. 

Kali ini buat julung kalinya KPTM menawarkan kelas secara atas talian (online) dan juga secara bersemuka. Para siswa dan siswi semester pertama ini boleh memilih untuk belajar secara atas talian atau bersemuka.

Bagi yang memilih untuk belajar secara bersemuka mereka perlu hadir mendaftar di KPTM Kuantan pada 4 Julai 2020. Pada 6 Julai 2020 kelas akan bermula dengan beberapa SOP yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para siswa dan siswi . 

Sesi taklimat akan diadakan secara online kepada para pelajar. 

Selain daripada itu, terdapat ramai pelajar Diploma in Accounting KPTM Kuantan yang bertanyakan apakah subjek-subjek yang mereka akan pelajari pada semester 1.

Untuk makluman semua, di KPTM kita menggunakan terma kursus bagi merujuk kepada subjek atau matapelajaran. 

Berikut ialah senarai kursus-kursus yang akan diambil oleh siswa dan siswi semester pertama bagi Diploma in Accounting di KPTM Kuantan. 

Pengajian Malaysia
Proficiency English 
Principles of Financial Accounting 1
Fundamentals of Management
Business Mathematics
Study Skills
Bahasa Kebangsaan (Bagi mereka yang tidak kredit BM SPM)




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin