nuffang

Wednesday, December 24, 2008

Kolej Poly-Tech MARA

Kolej Poly-Tech MARA

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) ialah sebuah institusi pendidikan di Malaysia yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., KPTMSB (547467-W) dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (KPTMSB) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Sejarah

Sebelum ini, Kolej Poly-Tech MARA dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA. Pada 1 September 2003, namanya telah ditukar secara rasmi kepada Kolej Poly-Tech MARA. Ia mempunyai 7 kolej cawangan yang mengendalikan program-program sepenuh masa iaitu:-
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
Kolej Poly-Tech MARA Kuantan
Kolej Poly-Tech MARA Bangi
Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
Kolej Poly-Tech MARA Alor Star
Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat


Visi
Menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi pilihan tempatan dan serantau

Misi
KPTM adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi pilihan yang menyediakan pendidikan bersepadu, berkualiti serta mampu dibiayai ke arah melahirkan tenaga kerja berilmu

Moto
Kecemerlangan Kerjaya Bermula di KPTM

Ahli lembaga pengarah
Brig. Jen. (B) Dato' Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin (Pengerusi)
Datuk Haji Nam bin Marthinin
Tuan Haji Hasan Nudin bin Yeop
Prof. Datuk Dr. Syed Othman bin Syed Hussin Alhabshi
Prof. Dato' Dr. Mohd Mansor bin Haji Salleh
Encik Abd. Rahim bin Hassan
Puan Hanisah binti Haji Omar
Datuk Hisham bin Abd. Majid
Dr. Mohd Gazali bin Hashim
Tuan Haji Yahya bin Abdul Rahman


Laman rasmi KPTM

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Poly-Tech_MARA"

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin