nuffang

Saturday, December 11, 2010

KPTM Kuantan Sertai Pesta Hoki USM

Buat julung kalinya, KPTM Kuantan menghantar wakil ke Pesta Hoki USM - Penang International pada 10 - 12 Disember 2010.


Barisan Pemain-Pemain Hoki KPTM Kuantan

Pada pagi Khamis 9 Disember 2010, satu acara ringkas penyerahan bendera kolej sempena penyertaan pasukan hoki KPTM Kuantan telah diadakan sebelum para pemain berlepas ke Pulau Pinang. Acara penyerahan bendera ini telah disempurnakan oleh Puan Pengarah KPTM Kuantan, Puan Nurulkhamar Bt. Shariff.

Semoga dengan penyertaan pasukan hoki ini dapat mengharumkan nama KPTM Kuantan di dalam bidang sukan dan secara tidak langsung mempromosikan KPTM Kuantan keseluruh Malaysia.

Bergambar bersama Pengarah KPTM Kuantan

Penyerahan bendera KPTM daripada Pengarah kepada Jurulatih


Bersiap sedia untuk beraksi di padang USM Pulau Pinang.





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin