nuffang

Thursday, June 30, 2011

National Entrepreneurship & Professionalism Seminar

KPTM Anjur Seminar Profesionalisme & Keusahawanan Melayu/Bumiputera



Peserta seminar duduk dari kiri En. Najid, En. Aizat dan En. Khairul Nizam. (Pensyarah KPTM Kuantan)

BANGI, 15 JUN 2011 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang terdiri daripada 8 buah kampus cawangan adalah merupakan Institusi Pendidikan Tinggi MARA milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Seiring dengan Visi KPTM ingin Menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pilihan, buat julung kalinya, KPTM menganjurkan Seminar Profesionalisme & Keusahawanan Melayu/Bumiputera (National Seminar on Profesionalisme & Entrepreneurship).

Seminar ini akan dihadiri oleh kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada wakil badan-badan profesional seperti Malaysian Institute Chartered Secretary Administratitve (MAICSA), ahli-ahli akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dan pelajar-pelajar. Peserta terdiri dari kalangan pensyarah, lepasan graduan, dan usahawan-usahawan dalam sektor perniagaan.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta ini tentang ilmu keusahawanan dan perniagaan dari pembentang-pembentang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Antaranya Dato’ Sharifah Ismail, Pengerusi Malaysian Institute of Marketing (MDEC) dengan pembentangannya bertajuk The Role of Marketer in Global Business, Tunku Azela Tunku Aziz, Pengurus Bahagian Pemasaran Malaysian Institute of Marketing (MDEC) dengan pembentangannya bertajuk The Role of Technopreneur in Global Business, dan Profesor Madya Dr Zaimah Darawi, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pembentangannya bertajuk Barries For Bumiputera Food SMEs Enterpreneur to Penetrate the International Market.

Seramai sembilan (9) orang pembentang hadir pada seminar ini dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pembentang yang telah berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan profesional ini hadir dengan membentangkan idea-idea yang lebih jelas tentang profesionalisme keusahawanan kepada peserta.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan dan beliau turut memberi pembentangan bertajuk Managing and Nurturing Young Enterpreneurs from Small Entity to Global Players.
 
Menerusi pembentangan tersebut, beliau amat menitikberatkan dan menyeru supaya golongan muda belia berkecimpung dalam bidang ini dan menjadikannya kepentingan untuk membawa hala tuju mereka ke arah global.

”Ini yang kita mahu, perniagaan dan bidang keusahawanan ini bukan hanya di pelopori oleh golongan peringkat pertama, bahkan golongan muda ini perlu lebih awal menjinakkan diri dalam keusahawanan”.


Begitu juga bagi Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Seminar Profesionalisme dan Keusahawanan 2011, Dr Wan Sabri Wan Hussin, beliau mahu bidang keusahawanan ini menjadi bidang global.

sumber: kptm.edu.my

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin