nuffang

Monday, April 1, 2013

Kursus Yang Menarik Di KPTM Kuantan

DIPLOMA IN CORPORATE COMMUNICATION

Maklumat Umum Kursus Pengajian
Kod Kursus : BK101
Bahasa Pengantar : Bahasa Inggeris
Tempoh : 3 tahun (6 semester)
No. Rujukan : KPT(JPS)/600-03/179/A(27)
Jumlah Kredit : 91 jam
Yuran Pengajian : RM 20,150.00 untuk 3 tahun (tertakluk kepada perubahan)

Pengenalan
Diploma ini dikhususkan kepada mereka yang mengkehendaki kelayakan dalam Komunikasi Korporat sama ada untuk diri sendiri atau sebagai kelayakan untuk Ijazah Sarjana Muda Sastera. Kumpulan sasaran ialah mereka yang berminat dalam bidang bahasa dan komunikasi serta berhasrat untuk meneruskannya dalam bidang ijazah.

Program ini akan memberikan pemahaman asas komunikasi, pengukuhan kemahiran komunikasi korporat, memperkayakan kebolehan linguistik dan menggalakkan daya pemikiran kreatif dan kritis. Program ini juga merangkumi pengetahuan dan praktis dalam bidang perhubungan awam, pengiklanan pemasaran, pengurusan, teknologi maklumat, undang-undang, etika dan lain-lain.

Lepasan SPM yang mengunjungi booth KPTM di Karnival Jom Masuk U di Kota Bharu
Objektif Kursus
 melahirkan ahli komunikasi yang professional
 mengukuhkan pendekatan aplikasi dalam komunikasi korporat
 menguasai ilmu dan kemahiran serta memainkan peranan dengan berkesan dalam dunia korporat
Syarat Kemasukan

a) Lulus SPM/SPMV atau yang setaraf dengan mendapat TIGA(3) kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris ATAU

b) Lulus Certificate in English atau lain-lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh MQA/JPA DENGAN memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.50.

Senarai Kursus
Proficiency English 1 Proficiency English 2 Interactive English English For Business Communication Advanced English Creative Writing Introduction to Human Communication Introduction to Mass Communication Communication research and methodology Creative Communication Production Communication and society Organisational Communication Writing for the Mass Media Photography Communication Communication Law Corporate Communication Crosscultural Communication Report and news writing Corporate Communication Final Project Media and Publicity Bahasa Arab Komunikasi 1 Bahasa Arab Komunikasi 2 IT skills and Applications Internet and the World Wide Web Physical Education 1 & 2 Internship Entrepreneurship Bahasa Kebangsaan A Pengajian Malaysia Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
Public Relation Campaign

Laluan Kerjaya
Contoh-contoh bidang pekerjaan yang boleh disertai oleh graduan adalah seperti berikut:
 Perhubungan Awam
 Pemasaran Korporat
 Pengurusan Acara
 Komunikasi Korporat
 Perhubungan Pelanggan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin