nuffang

Thursday, October 10, 2013

KPTM jadi kolej universiti






KUALA LUMPUR – Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) akan dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) bermula awal tahun depan.

 Penaiktarafan KPTM sebagai institusi pengajian tinggi swasta bumiputera bertaraf kolej universiti itu telah diluluskan Kementerian Pendidikan.

 Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, perubahan status kepada kolej universiti itu akan membawa kepada beberapa rombakan struktur pendidikan dan urus tadbir dan ia dilakukan secara sistematik menepati syarat-syarat kolej universiti.

 Bagi melengkapkan persediaan terutamanya khidmat tenaga pengajar serta pengisian pengajaran, pihak KPTM perlu mengambil sedikit masa.

 “Ia merupakan satu alternatif untuk pelan artikulasi pengajian tinggi dan boleh menyasarkan KPI korporatnya kepada 40 peratus graduan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana,” katanya.


- Laporan dipetik dari kosmo.com.my


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin