nuffang

Tuesday, May 13, 2014

Macam Mana Nak Buat Pengesahan ke KPTM?

*****update: ini adalah cara pengesahan bagi Kemasukan tahun 2014, untuk cara membuat pengesahan bagi Kemasukan Julai 2016 sila ke link INI



Untuk makluman semua, terutamanya para ibubapa bakal pelajar KPTM kemasukan pada 21 June 2014

Bayaran pendaftaran ialah sebanyak RM1500 iaitu;

Bayaran pengesahan kemasukan RM250 di bayar di KAUNTER mana2 BANK ISLAM ke akaun 14041010064675 atas nama KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD

Bayaran pengesahan asrama ialah sebanyak RM200 di bayar di KAUNTER mana2 BANK ISLAM ke akaun kolej cawangan yang bakal pelajar akan mendaftar;








Bayaran yang selebihnya iaitu yg berjumlah RM1050 perlu dijelaskan sebelum tarikh pendaftaran dengan membuat bayaran di KAUNTER Bank Islam atau pembayaran boleh juga di buat semasa pendaftaran di kolej. 



Setelah membuat pembayaran RM250 dan RM200 tersebut, 

Pertama, sila faks 

1.) Borang pengesahan penerimaan tawaran (spt gambar di bawah)
2.) Salinan Resit/Slip Pembayaran (RM200) 
3.) Salinan Kad Pengenalan / MyKad
4.) Salinan Keputusan SPM

* Faks ke nombor seperti yang tertera di borang pengesahan penerimaan tawaran iaitu:

03-9179 5639/ 03--9179 5637 atau 03 9179 5698




Kedua, sila fax borang pengesahan asrama bersama resit pembayaran asrama yg berjumlah RM200 ke nombor fax mengikut kolej cawangan. Sekiranya akan belajar/mendaftar di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, sila fax ko nombor KPTM Kuantan.




Sekiranya mempunyai apa2 persoalan berkenaan dengan proses ini, boleh berhubung dengan staff KPTM Kuantan di talian 09-5366 514 / 513 / 701

5 comments:

Unknown said...

Assalam..sy x buat lg bayaran pengesahan..mcm mane ye sy nk buat..adkh sy masih ade pluang utk buat bayaran?

misz sensei said...

utk makluman, bg tawaran yg first batch, tarikh akhir bayaran ialah 10 mei dan telah dilanjut kan sehingga ke 18 mei. Batch yg kedua, yg di borang pengesahan tulis 6 mei tarikh akhir pengesahan. Sekiranya tawaran anda yg 1st batch, dukacita dimaklumkan tempoh untuk ada buat pengesahan dah tamat.

سيتي ازورين • said...

Salam. bila permohonan utk second intake akan dibuka?

Unknown said...

Salam . Nak tanya kat mana nak dapatkan surat pengesahan asrama tu ? Saya punya ade yang srat pengesahan penerimaan tawaran je.

misz sensei said...

mawar rose, pengesahan asrama tidak perlu dibuat utk kemasukan 20 june 2015 ini. Sebarang pertanyaan lanjut saudari boleh hubungi kami di talian 09 53661677

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin