nuffang

Wednesday, November 26, 2014

MAJLIS KONVOKESYEN KE 31 KOLEJ POLY-TECH MARA


Jutaan tahniah diucapkan kepada semua graduan KPTM seluruh Malaysia. Semoga kejayaan ini merupakan satu permulaan untuk menempa lebih banyak kejayaan di masa hadapan.





KPTM Kuantan sangat berbangga dengan pencapaian semua graduan terutamanya saudara Mohd Firdaus Bin Shafudin yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Platinum. Anugerah tertinggi sempena konvokesyen ini yg dianugerahkan kepada graduan terbaik dari bidang akademik dan bukan akademik. Mohd Firdaus Bin Shafudin merupakan graduan bagi Diploma in Civil Engineering (Construction Safety), beliau terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak kolej. 

Selama tiga tahun belajar di KPTM Kuantan beliau telah mendapat Anugerah Dekan bagi setiap semester dan juga merupakan salah seorang ahli dalam Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuantan, sebagai Exco Akademik.

Tahniah Firdaus! Seluruh warga KPTM Kuantan amat berbangga dengan kejayaan anda.




Mohd Firdaus Bin Shafudin (bersongkok)  Penerima Anugerah Platinum Sempena Majlis Konvokesyen KPTM ke 31 yang berlangsung di Putrajaya Convention Center, Putrajaya pada 15-16 November 2014 baru-baru ini.











PHOTO CREDIT: FotoMediaMARA dan Komunikasi Korporat KPTM

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin