nuffang

Sunday, March 6, 2016

KENAPA PERLU PILIH KPTM KUANTAN: Mendapat Perakuan Akreditasi MQA

APA ITU MQA?


Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.
Berikutan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangannya diserapkan ke dalam MQA.
Dengan visi untuk menjadi sebuah autoriti global dalam jaminan kualiti pengajian tinggi dan misi untuk mewujudkan satu sistem jaminan kualiti yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baharu dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.

SUMBER:







SCREEN SHOT PERAKUAN AKREDITASI MQA 






Ini hanyalah 2 contoh screen shot utk 2 program diploma di KPTM Kuantan yang terbukti mendapat perakuan akreditasi drpd pihak MQA. 

Untuk melihat sendiri perakuan akreditasi bagi program-program diploma lain yang terdapat di KPTM Kuantan, sila layari 


http://www.mqa.gov.my/mqr/    > carian kelayakan > institusi swasta > kolej/institusi > kolej poly-tech mara cawangan kuantan


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin