nuffang

Tuesday, June 7, 2016

KENAPA PERLU PILIH KPTM KUANTAN: DITUBUHKAN SEJAK 1983

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan bukanlah sebuah kolej yg baru. Kolej Poly-Tech MARA Kuantan yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains MARA telah ditubuhkan sejak Jun 1983 lagi.  

Untuk lebih memahami sejarah penubuhan KPTM mari kita baca artikel berikut;




Latar Belakang Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003. KPTM diuruskan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.
Bermula pada Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program ijazah pemindahan 2+2.
Pencapaian luar biasa ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987), KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988), Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.
Pada tahun 1993, satu usahasama telah dimeterai bersama Dublin Business School (DBS), Ireland untuk menjayakan Program Perakaunan Profesional (ACCA) yang kemudiannya disusuli dengan satu lagi usahasama bersama Coventry University, United Kingdom pada 2004 yang telah membawa kepada inisiatif untuk melahirkan siswazah yang bertaraf dunia
KPTM juga telah menjalinkan kolaborasi bersama universiti awam dan swasta tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (1994), Universiti Putra Malaysia (1995), Universiti Malaya (1995), Universiti Kebangsaan Malaysia (1996), Universiti Sains Malaysia (1996), Universiti Multimedia (1998), Universiti Utara Malaysia dan Pusat Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999).
Kerjasama yang dijalin bersama Dublin Business School (DBS), Ireland pada Oktober 2014 untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan merupakan satu lagi langkah berani yang diambil oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) untuk mengantarabangsakan struktur akademik programnya yang akan memberikan faedah kepada para pelajar dalam jangka masa panjang.
Kekuatan KPTM sedia ada dibina melalui rekod yang cemerlang dengan penggabungan 2 institusi terkemuka MARA iaitu Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) dan Akademi Infotech MARA (AIM).
KPTM telah berkembang sejak penubuhannya sebagai antara institut pengajian tinggi swasta Bumiputera yang terbesar di Malaysia dengan seramai lebih 17,600 orang pelajar sepenuh masa di sembilan kampus; Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan, Batu Pahat, Ipoh, Alor Setar, Kota Bharu, Semporna dan Gua Musang. Sehingga ke hari ini, KPTM telah menghasilkan seramai 32,487 orang graduat sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 2003.
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KPTM KL) telah dinaik taraf sebagai kolej universiti oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 15 Oktober 2015. KPTM KL kini dikenali secara rasmi sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM).
Komitmen kami terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan fleksibiliti untuk pendidikan diperlihatkan dalam kepelbagaian program yang ditawarkan melalui Pusat Pendidikan Berterusan (PPB). Sejak penubuhannya pada tahun 1995, PPB telah menawarkan program separuh masa dan pembelajaran jarak jauh dari sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang dan juga kursus jangka pendek yang dijalankan dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan antarabangsa serta institusi rakan kongsi.

Pencapaian dan Pengiktirafan
a. Gold Approved Learning Partner oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
KPTM telah menerima Gold Approval dari pihak ACCA di bawah program Approved Learning Partner atas pengiktirafan terhadap kualiti pembelajaran dan sokongan yang diberikan kepada para pelajar yang mengikuti kursus ACCA di KPTM
b. Anugerah Pencapaian Kualiti 2015 oleh European Society for Quality Research (ESQR)
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Kualiti bagi tahun 2015 oleh European Society For Quality Research (ESQR), sebuah organisasi beribu pejabat di Switzerland yang mengiktiraf dan dan mengetengahkan hasil perniagaan cemerlang, amalan terbaik, kesedaran kualiti dan pencapaian syarikat-syarikat di pasaran serantau dan global
c. Penarafan Kolej dan Kluster MyQuest (2014-2015)
Dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan, MyQuest menilai menilai prestasi semasa kolej swasta di Malaysia dari segi pelajar, program, graduan, sumber dan pentadbiran
Rating Kolej
five-star-kptmfour-star-kptmthree-star-kptm
KPTM Kuala Lumpur KPTM Kuantan  KPTM Batu Pahat 
KPTM Bangi KPTM Ipoh 
KPTM Kota Bharu 
KPTM Alor Setar 
Rating Berasaskan Kluster (Pendidikan)
six-star-kptm
KPTM Kuala Lumpur
d. Audit Kualiti Akademik Kolej-kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2015
KPTM Kuala Lumpur = A+ KPTM Bangi = A+
KPTM Kota Bharu = A KPTM Alor Setar = A
KPTM Kuantan = A
e. Anugerah Bizz 2014 dari The World Confederation of Businesses
Memenangi hadiah terkemukan perniagaan dari The World Federation of Businesses yang berpusat di Houston, Texas, USA atas prestasi cemerlang dalam pengoperasian perniagaan
f. Anugerah Syarikat Terbaik KKLW 2008, 2013, 2015
g. Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2013 oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
Pemenang bagi Kategori Majikan Besar
h. Persijilan MS ISO 9001:2008
Berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 melalui Adequacy Audit, Compliance Audit dan Surveillance Audit
i. Anugerah oleh World Confederation of Businesses (WORLDCOB)
Syarikat Berasaskan Keusahawanan 2014
Peneraju Perniagaan Dunia 
Individu Peneraju Perniagaan Dunia 2014
j. Persijilan 5S


SUMBER: KPTM.EDU.MY

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin