nuffang

Monday, November 28, 2016

TATACARA PERMOHONAN SKROL DAN TRANSKRIP GANTIAN

Berikut ialah panduan tatacara bagi para alumni KPTM Kuantan yg ingin memohon skrol dan transkrip GANTI.


Pertama sekali, perlu isi borang Borang Mohon Penggantian Skrol

1. Sijil diploma baharu akan dikeluarkan oleh pihak HQ. 

Saudara/saudari dikehendaki untuk mengisi Borang yang dilampirkan. Poskan borang ini ke Sektor Pendaftaran & Rekod Statistik KPTM Kuantan, bersama-sama dengan satu salinan laporan polis dan resit bayaran BSN  sebanyak RM50 kepada KPTM (seperti yang dinyatakan pada borang). Pihak kami akan memohon dengan HQ untuk mencetak sijil saudari.

2. Transkrip baharu akan dikeluarkan oleh Sektor Penjadualan & Peperiksaan KPTM Kuantan.

Transkrip pula akan dikeluarkan oleh pihak KPTM Kuantan sendiri. Saudari dikehendaki membuat bayaran kepada KPTM KUANTAN sebanyak RM50 (sila rujuk lampiran berwarna biru).

3. Sijil dan transkrip baharu yang telah siap akan dipos kepada saudari atau saudari boleh ambil sendiri di KPTM Ktn. Jika saudari ingin pihak kami poskan dokumen-dokumen tersebut, sila hantar kepada kami SAMPUL POS EKSPRESS BERALAMAT SENDIRI (SAIZ A4). Sampul tersebut boleh dipos bersama-sama dengan Borang Permohonan Skrol Ganti ini.

4. Adalah diingatkan cetakan sijil baharu akan mengambil masa kerana ia dicetak oleh pihak HQ dan kami perlu memohon secara rasmi dengan menghantar memo kepada pihak yang berkenaan.

MAKLUMAT PENTING!
Merujuk kepada Buku Peraturan Akademik Pindaan 2015, bermula dengan para graduan yg berkonvo pada tahun 2015 dan tahun seterusnya, pihak kolej hanya akan menyediakan Surat Pengesahan  pengurniaan diploma utk tujuan penggantian skrol yg telah hilang atau rosak. Oleh itu, graduan yg berkonvo pada tahun 2014 dan tahun-tahun sebelumnya sahaja yang akan dapat sijil gantian.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak kolej di talian 09 5366 513/514







No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin