sumber gambar:http://bangi.kptm.edu.my |
Kolej
Poly-Tech MARA Kuantan bukanlah sebuah kolej yg baharu. Kolej
Poly-Tech MARA Kuantan yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains MARA telah
ditubuhkan sejak Jun 1983 lagi.
Untuk lebih memahami sejarah penubuhan KPTM mari kita baca artikel berikut;
Latar Belakang Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Kolej
Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan
Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi
swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555)
pada September 2003. KPTM diuruskan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd, sebuah
anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). KPTM menawarkan pelbagai
peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains
Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan,
Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.
Bermula pada
Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu,
Kelantan. Pada Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej
Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah
program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American
Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih
daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program
ijazah pemindahan 2+2.
Pencapaian
luar biasa ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987),
KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik
antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988),
Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium
Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.
Pada tahun
1993, satu usahasama telah dimeterai bersama Dublin Business School (DBS),
Ireland untuk menjayakan Program Perakaunan Profesional (ACCA) yang kemudiannya
disusuli dengan satu lagi usahasama bersama Coventry University, United Kingdom
pada 2004 yang telah membawa kepada inisiatif untuk melahirkan siswazah yang
bertaraf dunia
KPTM juga
telah menjalinkan kolaborasi bersama universiti awam dan swasta tempatan
seperti Universiti Teknologi MARA (1994), Universiti Putra Malaysia (1995),
Universiti Malaya (1995), Universiti Kebangsaan Malaysia (1996), Universiti
Sains Malaysia (1996), Universiti Multimedia (1998), Universiti Utara Malaysia
dan Pusat Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999).
Kerjasama
yang dijalin bersama Dublin Business School (DBS), Ireland pada Oktober 2014
untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Perakaunan
dan Kewangan merupakan satu lagi langkah berani yang diambil oleh Kolej
Poly-Tech MARA (KPTM) untuk mengantarabangsakan struktur akademik programnya
yang akan memberikan faedah kepada para pelajar dalam jangka masa panjang.
Kekuatan
KPTM sedia ada dibina melalui rekod yang cemerlang dengan penggabungan 2
institusi terkemuka MARA iaitu Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) dan Akademi
Infotech MARA (AIM).
KPTM telah
berkembang sejak penubuhannya sebagai antara institut pengajian tinggi swasta
Bumiputera yang terbesar di Malaysia dengan seramai lebih 17,600 orang pelajar
sepenuh masa di sembilan kampus; Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan, Batu Pahat, Ipoh,
Alor Setar, Kota Bharu, Semporna dan Gua Musang. Sehingga ke hari ini, KPTM
telah menghasilkan seramai 32,487 orang graduat sejak penubuhannya secara rasmi
pada tahun 2003.
Kolej
Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KPTM KL) telah dinaik taraf sebagai kolej universiti
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 15 Oktober 2015. KPTM KL kini dikenali
secara rasmi sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM).
No comments:
Post a Comment