nuffang

Sunday, January 19, 2020

10 TIPS NAK DAPAT ANUGERAH DEKAN



Anugerah Dekan untuk setiap semester sangat diidamkan oleh semua pelajar.. 
Senang ke nak dapat anugerah tu? 
Apa tips?
Mesti ada rahsia disebalik kesusahan kan? 

Sebenarnya, sesiapa pun mampu untuk dapat Anugerah idaman ramai ni.. 
Tapi kena la ada caranya.. 

Jom kita tengok sikit apa tips yang dikongsi oleh Danial - pelajar semester 5, 
Diploma in Business Management KPTM Kuantan
Mana la tau, ada rezeki boleh dapat anugerah ni nanti.. 

Jom kita baca

1. Paling penting atau utama, nota sebelum mula kelas kena ada supaya kita boleh baca dulu apa yang kita akan belajar (ni wajib ada tau)

2. Kalau rasa - rasa lemah dalam subjek tertentu, kita fokus dulu topik yang lemah tu.. Jangan diam, tanya pensyarah, kawan² yang mahir.. (jangan malas ye.. kejayaan tak datang bergolek tau)

3. Buat nota ringkas kalau susah nak paham apa yang ada dalam buku teks.. (kena kreatif la sikit.. baru nampak cantik dan menarik nak baca) 

4. Haaaa ni paling penting., tolong fokus 200% bila dalam kelas.. sebab bila dalam kelas, kadang² maklumat yang ada dlm buku  tak mencukupi, jadi kena tambah la bila pensyarah ajar.. (tak salah pun fokus kejap kan..awk juga dapat manfaat nanti.. abaikan langau tepi telinga tu 😂)

5. Ulang kaji lepas kelas.. (kena sentiasa buka buku n baca semula) 

6. Praktis! Praktis! Praktis!..(kalau malas tak dapat la nak tolong) Nak benda besar usaha pun kena besar

7. Buat “study group” -  ajak la kawan2 yang mahir atau terlebih pandai tu buat study group dengan kita.. minta dia ajar kita.. kadang² pelajar ni suka belajar dengan kawan berbanding pensyarah ajar

8. Malam sebelum exam, wajib tidur awal.. sebab apa? Supaya kita lebih segar dan otak kita boleh berfikir secara waras keesokkan harinya.. jangan letak semua maklumat dalam otak kita sampai kita tak mampu nk ingat dah.. 

9. Jangan kedekut ilmu. Jika kita faham sesuatu sub topic yang telah diajar oleh pensyarah tu, share la kefahaman kita tu dengan rakan² lain...

10. Yang ni paling penting.. Keberkatan ilmu - Sentiasa hormat orang yang lebih tua terutamanya ibubapa dan guru. Kalau kita dah dapat ilmu dengan seorang lecturer ni tapi kat belakang dok kutuk dan umpat dia..hmmm korang pikir sendiri la

Tu serba sedikit tips yang boleh dikongsikan oleh Danial untuk semua.. yang penting “study smart” .. 

ALL THE BEST GAIS✌🏼





Photo Credit: MUHAMMAD HASBULLAH AKHMAL BIN MOHD HASHIM

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin