nuffang

Tuesday, February 24, 2009

Harian Metro: Promosi KPTM Pada Kereta

Oleh Suliati Asrisuliati@hmetro.com.my

BAGI memudahkan kerja pengurusan, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), menyerahkan enam Proton Waja kepada pengarah kampus cawangannya, baru-baru ini.Rektor KPTM, Datuk Dr Mohd Razali Agus, berkata penyerahan kereta ini salah satu langkah yang diambil pihaknya untuk tujuan promosi selain digunakan dalam kecemasan dan urusan rasmi.Menurutnya, setiap kereta itu akan dilekatkan dengan pelekat KPTM yang secara tidak langsung menjadi salah satu cara pihaknya mempromosikan KPTM di mana saja terutama di luar bandar."Pada pengambilan Julai nanti, kita mensasarkan 9,000 pelajar menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah di KPTM.
"Oleh itu, dengan adanya kereta ini, ia sedikit sebanyak membantu kita mempromosikan kolej ini kepada ibu bapa atau pelajar terutama mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

Selain itu, menurutnya, sebagai kolej yang 100 peratus milik Majlis Amanah Rakyat (Mara), KPTM akan menambah tiga lagi cawangannya."Sekarang kita ada enam cawangan iaitu di Kuantan, Bangi, Kota Bharu, Alor Star, Batu Pahat, Ipoh dan kampus cawangan terbaru akan dibuka di Terengganu, Kota Kinabalu serta Seremban."Kita juga menunggu keputusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menambah 38 kursus baru pada pengambilan akan datang, sekali gus menjadikan jumlah besar kursus yang ditawarkan di KPTM sebanyak 79 kursus," katanya.
Di samping itu, Mohd Razali berkata, untuk pertama kalinya, KPTM akan membuka peluang kepada pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di sini."Sebagai permulaan, kita akan mensasarkan satu peratus pelajar antarabangsa pada pengambilan Julai ini."Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, kita berharap dapat menarik 10 peratus pelajar antarabangsa dari seluruh dunia," katanya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin