nuffang

Friday, July 10, 2009

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh : Pelajar Baru


SEBAHAGIAN pelajar baru KPTM Ipoh melafaz ikrar pada majlis penutup minggu orientasi di Ipoh baru-baru ini.


IKRAR. Seramai 272 pelajar baru Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Ipoh yang selesai menjalani minggu orientasi sesi kemasukan Mei 2009 melafaz ikrar pada majlis penutup minggu orientasi baru-baru ini.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Perak, Mohd. Zahir Khalid; Rektor KPTM, Datuk Dr. Ahmad Razali Agus dan Pengarah KPTM Ipoh, Norizah Nordin.

Ahmad semasa berucap berkata, pelajar baru perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang menuntut di kolej tersebut.

Katanya, tanggungjawab mereka bukan sahaja bagi melunaskan harapan ibu bapa tetapi juga negara.

KPTM Ipoh yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Sultan Abdul Jalil itu menawarkan pengajian diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang multimedia.



- Kosmo, 10 Julai 2009

1 comment:

Zila said...

nama saya nor azila. saya adalah lecturer di kptm alor star.. boleh saya mintak email saudari. ada soalan yang ingin saya ajukan. ini adalah e-mail saya : mermaidnat_uyen@yahoo.com diharap saudari dapat menghantar apa2 msg kepada alamat e-mail saya.. terima kasih...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin