nuffang

Thursday, July 9, 2009

Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan KPTM

KUALA KRAI: Di sebalik perang bendera parti politik sekitar Manek Urai sempena pilihan raya kecil kawasan itu, 14 Julai ini, tumpuan penduduk dialihkan seketika terhadap program kemasyarakatan anjuran beberapa jabatan kerajaan yang berkampung sejak seminggu lalu.

Bermula Khamis lalu, penduduk kawasan Peria dikunjungi seramai 80 pelajar kejururawatan Kolej Polytech Mara (KPTM), Pengkalan Chepa bersama 10 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) melalui Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan 2009.

Kaunselor KPTM, Zanoorita Zawawi berkata, program itu khusus memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan selain menderma darah.

Menurutnya, biarpun jauh di pedalaman, penduduk sekitar kawasan terbabit tidak ketinggalan daripada program diadakan.

“Program ini diadakan selama tiga hari supaya penduduk berpeluang mendapatkan khidmat kesihatan secara percuma. Ia dijalankan dengan kerjasama HPRZII selain Pergerakan Puteri Umno Bahagian Jeli khusus untuk penduduk di Peria seperti bengkel kesihatan, derma darah dan gotong royong,” katanya.

Katanya, program itu turut memberi pendedahan kepada pelajar terbabit untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bilik kuliah.


-Harian Metro, 9 Julai 2009

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin