Kepada bakal siswa dan siswi KPTM Kuantan, tahniah diucapkan kerana memilih KPTM Kuantan sebagai kolej pilihan anda.
Pendaftaran bagi sesi April 2019 akan diadakan pada 10 April 2019, dah tak lama tu, barang-barang nak bawa ke KPTM Kuantan dah ready ke?
Kalau masih keliru dengan apa yang perlu dibawa. Berikut adalah cadangan barangan keperluan peribadi yang patut di bawa ke KPTM Kuantan nanti.
Pakaian
Bagi siswa anda boleh memakai baju kemeja berlengan pendek atau panjang beserta tali leher ke kelas.
Seluar slack yang berwarna gelap yang nampak formal. Seluar slack yang ketat adalah tidak dibenarkan. JEANS tidak dibenarkan dipakai ke kelas atau semasa menghadiri majlis-majlis rasmi di kolej.
Baju Melayu dengan sampin (Hari Jumaat pakai ke kelas, tak wajib tapi ramai yang praktikkan)
Kasut bertutup untuk pergi kelas, yang nampak formal macam orang pergi kerja tu. Tak kisah la kulit ke, tak kulit ke, asal nampak formal.
Bagi siswi pula, biasanya para siswi KPTM Kuantan akan memakai baju kurung untuk ke kelas. (Kebaya, kebarung, kurung pahang dan lain-lain.)
Bagi para siswi Cina, India dan kaum-kaum lain, biasanya akan memakai blouse, skirt panjang dan seluar panjang yang longgar. Jeans adalah tidak dibenarkan. Siswi Islam yang nak pakai blouse pun boleh, takde masalah.
Pakaian lain ikut keperluan masing-masing. Tuala mandi, kain batik, kain pelikat dan pakaian yang untuk dipakai semasa berada di asrama.
Ohh... yang tak tahan sejuk tu, jangan lupa bawak sweater atau cardigan. Kelas semuanya mempunyai pendingin hawa. Nanti beku pula duduk dalam kelas.
Pakaian sukan (Baju T, Seluar Track dan Kasut Sukan)
Peralatan sukan juga boleh dibawa sekiranya anda rasa perlu. Contohnya raket badminton (KPTM Kuantan ada court badminton dalam dewan baharu)
Kalau anda seorang pemain bowling dan ada bola sendiri boleh juga bawa kerana KPTM Kuantan ada kelab bowling.
Peralatan mandian.
Berus dan ubat gigi
Sabun mandi atau shower gel senang sket
Syampu, Pencuci muka (siswi wajib la ni kan, yg siswa kalau pakai bawaklah)
Sabun basuh baju
Hanger (bawak banyak2, senang gantung baju dalam almari dan guna masa nak jemur kain)
Sepit baju
Baldi atau bakul kecil untuk letak peralatan mandian tu (toiletries)
Baldi besar pun perlu ada untuk mendobi. Di asrama ada disediakan mesin basuh yang boleh letak duit tu. Kalau nak mendobi dan terus keringkan kena jalan keluar kolej sket, ada pusat dobi layan diri.
Barangan lain,
Sarung bantal, cadar, selimut, (2 set, at least satu basuh satu lagi ada boleh pakai) baldi, sejadah dan Al-Quran (bagi pelajar Muslim) serta peralatan peribadi yang lain. Jangan lupa bawa BANTAL.
Bakul atau beg besar untuk baju kotor. Beg besar macam beg IKEA biru tu senang letak baju kotor untuk dibawa ke pusat dobi.
Padlock utk almari
ohh.. jangan lupa selipar untuk ke tandas, takkan nak pakai kasut yg pakai pergi kelas tu kan.
Cermin. Kecil atau besar terpulang, kerana dalam bilik tidak disediakan cermin. Kat tandas ada la.
Plastik sampah dan tong sampah kecil utk dalam bilik. Tong sampah besar ada disediakan di luar bilik.
(kalau ada terlupa bawa, jangan bimbang kerana dalam kawasan kolej ada Campus Mart - kedai runcit yang menjual pelbagai barangan.
ALAT TULIS DAN BUKU
Test pad (bawak banyak2 sbb memang akan guna byk kalau taknak guna buku nota)
Pen, pensel, correction tape, pembaris, pemadam, gunting, gam, stapler, puncher.
Fail (senang utk simpan notes, nanti nak exam taklah tercari-cari nota)
Kertas A4 (print assignments)
Buku teks pulak nanti boleh beli di Campus Mart.
Peralatan Elektrik.
Laptop & charger
Handphone & charger & earphones & headphones
Powerbank
Pendrive
Seterika (Iron)
Cerek Elektrik (penting untuk masak air utk mkn maggi)
(barangan elektrik perlu didaftarkan dengan pihak HEP atas faktor-faktor keselamatan, taklimat akan diberikan semasa hari orientasi)
Ubat-ubatan, plaster & minyak angin
Barangan personal care lain contohnya:
Sikat rambut, make-up (siswi sahaja), perfume, deodorant (wajib pakai sebab kelas ber-aircond), ketip kuku, minyak rambut, cotton buds dan lain-lain.
Akhir sekali, peralatan untuk makan, bekas tupperware atau tipuware, sudu, garfu, botol air, pinggan & mangkuk. Okey... itu sahaja cadangan barangan yang perlu dibawa, ada lagi? Boleh cadangan di kotak komen ye.
SELAMAT DATANG KE KPTM KUANTAN!
HIDUP BERDIKARI ANDA BERMULA DI SINI. hehehee...
No comments:
Post a Comment