nuffang

Friday, April 5, 2019

CARA SEMAK AKREDITASI KPTM KUANTAN DI MQA


Apa itu MQA?

MQA atau nama penuhnya Malaysian Qualifications Agency adalah sebuah badan yang bertanggungjawab memberi satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).

Dengan maksud yang mudah, sijil, diploma atau ijazah dari sesebuah institusi itu diiktiraf dan sah oleh kerajaan Malaysia. 

Ini membolehkan para penuntut institusi tersebut memohon pinjaman untuk pengajian dan diterima bekerja setelah bergraduat nanti. Majikan tidak akan terima pekerja yang mempunyai kelayakan dari institusi yang mencurigakan dan tanpa akreditasi dari MQA.

Hanya program yang sudah memperolehi Perakuan Akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan 'Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)' atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam iklan dan tawaran kursus mereka.

Untuk menyemak, boleh layari link di bawah ini

Daftar Kelayakan Malaysia  (link ini terus keluar KPTM Kuantan senarai program)

Sekiranya anda ingin mencari sendiri di laman web MQA, boleh layari link ini http://www2.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm . Sila ke Private Institution atau Institusi Swasta dan taip KOLEJ POLY-TECH MARA CAWANGAN KUANTAN dan klik "Details". Seterusnya skrin akan memaparkan senarai program diploma yang terdapat di KPTM Kuantan.




p/s: Pastikan anda tulis nama penuh KPTM Kuantan beserta "cawangan". 

Macam ni...

Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Kuantan


Untuk maklumat lanjut, anda boleh bertanya melalui whatsapp DI SINI

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin